Tip Mekap Tahan Lama

Solekan ringkas namun kekal lama sentiasa menjadi pilihan sepanjang Aidilfitri, barulah kekal cantik ke rumah terbuka dari pagi hingga ke malam! 

 

 

Gambar : Shutterstock

 

Jika solekan anda tiada asas yang sempurna, pasti mudah hilang. Dan maksud asas sempurna bukanlah semata-mata asas yang tebal dengan berlapis-lapis foundation, tetapi ia bergantung juga pada teknik dan apa yang digunakan. Itu yang penting!

 

Gunakan Primer & Bedak Asas Cecair

Baik untuk asas wajah mahupun asas kelopak mata, penggunaan primer adalah penting untuk memastikan asas wajah dan rona pembayang mata tahan lebih lama. Malah selepas aplikasi primer, lapisinya dengan bedak asas cecair seperti bedak asas kusyen (Cushion Compact) majoriti tekstur bedak asas ini lebih tipis namun litupannya menyeluruh dan kekal lama.
Kemaskan solekan dengan bedak lut sinar

Penggunaan bedak tabur sememangnya penting bagi melitupi bahagian yang tertinggal kala anda menyapu bedak asas cecair tadi. Tapi cuba gantikan dengan bedak lut sinar fungsinya sama saja malah lebih ringan dan membuat kulit lebih glowing.

 

Pemerah pipi cecair

Gunakan pemerah pipi jenis cecair, lebih seronok kalau pemerah pipi jenis ini dapat juga dicalit pada bibir. Malah memberi hasil yang tahan lama dan lebih menyerlah.

 

Bulu mata kekal lebat dan lentik

Sekadar memakai maskara tidak akan menjadikan bulu mata anda melentik sempurna. Gunakan pelentik bulu mata terlebih dahulu sebelum menggunakan maskara. Percayalah tidak mengambil masa lama pun

 

Semburan wajah

Selepas solekan semburkan semburan solekan ini agar wajah tampil lebih segar dan sempurna. Pilih semburan yang mengandungi vitamin dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat.

 

Oles pewarna bibir bertekstur pusam

Pemakaian pewarna bibir ini memberi kemasan sama seperti gincu cuma ia lebih menyerlah dan tahan lebih lama. Jadi tidak perlulah touch up setiap kali selepas menjamu selera!

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link