La Senza LOVE SEXY buat Hari Kekasih

Oleh: Farhana Fuad

 Gambar: La Senza

 

 la_senza_primary_logo

 

Jadikan malam hari kekasih yang bakal tiba nanti satu momen yang romantik dan indah sewaktu bersama suami di kamar tidur dengan koleksi Love Sexy dari La Senza, koleksi baru khas bagi menyambut hari kekasih Februari ini.

 

BR1008_17013_WBP_BACK

 

La Senza membawakan koleksi dengan rona yang lembut dan sweet untuk mengindahkan malam istimewa hari kekasih. Palitan rona palet merah jambu dan hitam menjadikan aura seksi dan feminin bagi si pemakai. Tambah lagi mood romantik di kamar tidur dengan kimono berenda hitam ekstra bagi menggoda hati si suami.

 

BR1008_17013_WBP

 

Keseluruhan koleksi ini direka untuk kepuasan bagi setiap wanita dalam memberikan lebih banyak pilihan dan rekaan yang lebih pelbagai. La Senza menampilkan aneka rekaan untuk wanita yang gemarkan pakaian dalam yang memukau untuk setiap malam sepanjang seminggu. Koleksi bersempena Hari Kekasih ini La Senza mengetengahkan tiga jenis coli dengan ciri-ciri yang berbeza iaitu Beyond Sexy, Scandalous dan Hello Sugar. Masing-masing dicipta untuk menonjolkan gaya intimasi dan seksi. Dengan harga bermula dari RM179 dan ke atas serta seluar dalam wanita mulai RM59 ke atas, pasti akan menjadikan momen hari istimewa anda lebih bermakna.

 

AL1031_17192_SLB

 

Koleksi istimewa LOVE SEXY ini akan mula dipasarkan ke semua cawangan La Senza bermula 26 Januari ini. Pastinya sesi intimasi bersama suami akan lebih hangat pada hari yang penuh romantis ini.

 

 

Untuk info lanjut, layari www.facebook.com/lasenzamalaysia

 

 

Share via
Copy link