Kronologi Drama Taylor Swift VS Kanye West

Oleh : Anis Hanini

 

T63725292_Max-side

Gambar : TPGimages

 

Drama, drama, drama. Itu sahaja yang dapat diperkatakan mengenai pergaduhan antara Taylor Swift dengan Kanye West. Bagi mereka yang masih lagi clueless mengenai drama ini, kami bawakan garis masa yang lebih mudah untuk difahami.

 

1. 13 September 2009 – Semuanya bermula di MTV Video Music Awards (VMA) pabila Kanye West meluru naik ke pentas dan merampas mikrofon daripada Taylor Swift setelah Taylor memenangi anugerah Best Female Video untuk lagu “You Belong with Me.” Kata-kata Kanye “Yo, Taylor, I’m really happy for you and I’mma let you finish but Beyonce had one of the best video of all time” masih lagi terngiang-ngiang sehingga kini.

 

 

2. 17 September 2009 – Kanye West muncul di The Jay Leno Show dan akui bahawa tindakannya di MTV VMA kurang ajar manakala Taylor pula muncul di The View berbicara mengenai kejadian tersebut. Selepas kemunculan Taylor di rancangan temu bual tersebut, Kanye menelefon Taylor dan meminta maaf.

 

3. 4 September 2010 – Kanye West sekali lagi meminta maaf kepada Taylor di laman sosial Twitter dan juga mendedahkan bahawa dia telah menulis sebuah lagu khas buat Taylor.

 

4. 12 September 2010 – Namun sebelum lagu tersebut didedahkan umum, Taylor mengeluarkan sebuah lagu tentang Kanye berjudul “Innocent”. Malah, dia juga menyanyikan lagu tersebut di MTV VMA 2010 setahun selepas kejadian tersebut. Apa yang menariknya snippet klip Kanye dan Taylor di VMA tahun lepas ditayangkan sebelum Taylor menyanyikan lagu tersebut.

 

 

5. 25 Oktober 2010 – Taylor Swift mengeluarkan album Speak Now dengan mesej rahsia “Life is full of little interruptions” dalam lagu Innocent yang dikatakan sebagai rujukan kejadiannya dengan Kanye.

 

6. 24 November 2010 – Kanye menarik balik permohonan maaf dan berkata Taylor mementingkan diri sendiri malah menuduh Taylor menggunakan situasi tersebut sebagai publisiti buat dirinya.

 

7. 25 Oktober 2012 – Menurut artikel Rolling Stone oleh penulis Brian Hiatt, Taylor Swift menyimpan gambar kejadian VMA dalam sebuah bingkisan yang telah diukir dengan ayat “Life is full of little interruptions”.

 

8. 11 Jun 2013 – Dalam temubual dengan New York Times, Kanye West berkata dia didesak untuk meminta maaf kepada Taylor namun dia menyesal meminta maaf.

 

9. 13 Disember 2014 – Teman baik Kanye West iaitu Jay Z menghadiri parti ulang tahun ke 25 Taylor Swift bersama isterinya Beyonce.

 

10. 8 Februari 2015 – Taylor dan Kanye berbaik-baik di Anugerah Grammy, malah dikatakan perhubungan mereka menjadi mesra disebabkan oleh Jay Z.

 

11. 17 Februari 2015 – Taylor dan Kanye dirakam oleh paparazzi sedang makan malam bersama.

 

12. 25 Februari 2015 – Di Brit Award, Taylor menari di sebelah Kim Kardashian ketika Kanye melakukan persembahan.

 

13. 4 Ogos 2015 – Dalam artikel Vanity Fair, Taylor mengatakan bahawa dia dengan Kanye kini berkawan walaupun hubungan mereka sebelum ini keruh.

 

15. 30 Ogos 2015 – Taylor menyampaikan anugerah Video Vanguard Award kepada Kanye West di MTV VMA 2015.

 

16. 4 September 2015 – Taylor memuatnaik gambarnya bersama sejambak bunga yang dihantar oleh Kanye dengan caption “Awwww Kanye sent me the coolest flowers!! #KanTay2020 #BFFs”

 

17. 11 Februari 2016 – Previu album Kanye, “The Life of Pablo” di Madison Square Garden. Dalam album tersebut ada sebuah lagu berjudul “Famous” dengan lirik “I feel like me and Taylor might still have sex / Why? I made that bitch famous”. Di sini mula perselisihan baru. Menurut Kanye, dia telah mendapat persetujuan daripada Taylor sebelum mengeluarkan lagu tersebut. Namun pihak Taylor menafikan penyataan ini dan mengatakan bahawa Kanye tidak pernah menghuraikan lirik kepada Taylor sebaliknya meminta Taylor mempromosikan lagu tersebut.

 

18. 15 Februari 2016 – Taylor Swift memenangi Album of the Year di Anugerah Grammy dan menyampaikan ucapan berbau sindirin buat Kanye.

 

 

19. 16 Jun 2016 – Kim Kardashian melakukan temubual dengan majalah GQ dan menurutnya, Taylor dikatakan bersetuju dengan lirik lagu Famous. Dia juga mengatakan bahawa ada video perbualan telefon antara Taylor dan Kanye mengenai lagu ini namun peguam Taylor menghantar surat kepada pihak Kanye agar tidak menyiarkan video itu ke umum.

 

20. 25 Jun 2016 – Kanye mengeluarkan video baru untuk lagu Famous yang menggunakan patung lilin dalam imej Taylor Swift, Chris Brown, Donald Trump, Rihanna dan sebagainya.

 

21. 15 Julai 2016 – Saluran hiburan E! mengeluarkan klip promosi episod Keeping up With the Kardashian yang mana Kim berbicara mengenai temubualnya bersama majalah GQ dengan Kourtney Kardashian.

 

22. 17 Julai 2016 – Kim Kardashian tweet emoji ular sebagai sindiran. Peminat mula membuat spekulasi bahawa ini ditujukan buat Taylor. Pada masa yang sama, Keeping up With the Kardashian menyiarkan keseluruhan episod mengenai insiden tersebut. Selepas siaran episod tersebut, Kim memuatnaik video perbualan Kanye dan Taylor di Snapchat.

 

 

23. 18 Julai 2016 – Taylor memuatnaik gambar di Instagram sebagai respons kepada video Snapchat tersebut.

 

That moment when Kanye West secretly records your phone call, then Kim posts it on the Internet.

A photo posted by Taylor Swift (@taylorswift) on

 

Dunia selebriti kini terbahagi kepada dua, antara Team Taylor atau Team Kanye. Anda pilih mana?

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link