Lima Perkara Menarik di Grasse, Perancis

Oleh : Farhana Fuad

 

GRASSE

Gambar:  www.decouvertefrance.fr

 

Bagi penggemar haruman minyak wangi, mungkin kali ini anda perlu jejakkan kaki ke Grasse, Perancis. Grasse merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian selatan Provence. Bandar Grasse dahulunya terkenal sebagai pusat pemprosesan kulit asli, dan juga popular dengan penghasilan minyak wangi dari dahulu sehingga kini.

 

Ianya menjadi pusat rekaan minyak wangi sejak dari abad ke-17 lagi dan seterusnya menjadi industri besar wangian untuk negara Perancis. Selain daripada itu, Grasse tersimpan banyak khazanah dan lokasi menarik untuk pergi kala ke sana.

 

EH! kongsikan antara sebab mesti ke Grasse, Perancis.

 

musee de la parfumerie

Gambar: en.nicetourisme.com

Musée de International de la Parfumerie

 

Kala menjejakkan kaki di Grasse, tidak lengkap penjelahan jika tidak melawat muzium yang merupakan satu rekaan bangunan yang berseni. Ianya merupakan sebuah mansion abad ke-18 yang sudah di ubai suai serta berdindingkan sturktur kaca. Tersimpan segala khazanah sepanjang pemprosesan parfum pada zaman dahulu. Antaranya artifak, botol, video, poster vintage dan banyak lagi. Segalanya diletakkan dengan penuh rapi dan tersusun untuk dipersembahkan kepada pelawat.

 

fragonard

Gambar: commons.wikimedia.org

Fragonard

 

Ianya merupakan sebuah kilang pembuatan parfum yang cukup terkenal. Dikatakan namanya juga bersandarkan nama seorang pelukis terkenal abad ke-17 di Perancis, Jean-Honoré Fragonard. Terletak di tengah-tengah pusat Old Town. Pelawat akan dipersembahkan dengan cara pembuatan parfum serta kembara di sekitar kilang ini.

 

domaine

Gambar: madame.lefigaro.fr

Domaine de Manon

 

Field trip ke ladang bunga semestinya satu lawatan yang tidak patut dilepaskan kerana di Grasse, segala haruman minyak wangi yang terhasil adalah berdasarkan bunga-bunga yang ditanam terus di ladang mereka.  Bunga Ros Centifolia dan melati sudah mula ditanam di ladang sekitar Grasse selam lebih tiga generasi. Pelawat akan dibawa sekitar ladang ini hanya pada musim bunga. Produk hasil tanaman Domaine dijual khas untuk label haute-couture Dior.

 

molinard

Gambar: www.paca-ecobiz.fr

Molinard

 

Di Molinard ianya adalah satu bengkel khas untuk mereka yang ingin mempelajari pembuatan parfum. Satu sesi bengkel mengambil masa selama 90 minit di kilang yang terletak di Grasse dan disitu jugalah peserta berpeluang untuk menghasilkan parfum mereka sendiri. Ianya ibarat sekolah buat mereka yang menggemari pemhasilan parfum. Mereka yang lulus dengan haruman minyak wangi yang sempurna berpeluang untuk membawa pulang 130ml botol minyak wangi yang mereka hasilkan sendiri.

 

festival grasse

Gambar: alchetron.com

Festival Fete du Jasmin 

 

Sejak dari tahun 1946, festival ini sudah menjadi satu festival tahunan di Grasse. Ianya berlangsung pada awal bulan Ogos. Ketika festival ini berlangsung, di sekitar bandar Grasse akan dilewati kereta berhias dengan penuh bunga-bunga disamping taburan kelopak bunga oleh gadis-gadis muda yang memakai kostum serasi dengan bertemakan kebungaan di atas kereta berhias tersebut.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link