Misteri “2011.11.10 12:00PM” BIGBANG!

BIGBANG Comeback! Betul atau hanya mimpi.

 

b00039471456951882

 

Ketua kumpulan BIGBANG, G- Dragon telah memuat naik gambar yang penuh misteri dan tanda tanya untuk peminatnya. Gambar tersebut hanya tertera tarikh dan waktu di akaun instagram miliknya (@xxxibgdrgn) iaitu “2011.11.10 12:00PM” dengan captionnya “Coming Soon” berserta emoji headphones.

 

?

A photo posted by G-DRAGON (@xxxibgdrgn) on

 

Rata-rata peminat yang memberi komen di instaram G-dragon meluahkan rasa gembira dan tidak sabar untuk menanti hari tersebut.

 

Sekiranya betul BIGBANG membuat comeback, ia merupakan kejutan buat peminat yang telah lama menanti sejak September 2015 iaitu menerusi album MADE.

 

Pada bulan lepas, pihak pengurusan kumpulan tersebut, YG Entertaiment telah mengesahkan BIGBANG sedang menjalani penggambaran muzik video terbaru mereka.

 

Walaubagaimanapun, ada segelintir peminat yang membuat andaian bahawa tarikh tersebut bukan untuk “BIGBANG Comeback” tetapi untuk jenama pakaian milik G-dragon, Peaceminusone.

 

Ini kerana pada gambar yang dimuat naik terdapat tag akaun jenama pakaian milik G-dragon, @peaceminusonedotcom. Mungkin G-dragaon akan melancarkan headphones terbaru keluaran jenamanya.

 

Apa-apapun kita nantikan sahaja esok (“2011.11.10 12:00PM”) bagi mengetahui apa sebenarnya maksud tarikh tersebut.

 

Harap kumpulan yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke-10 pada 19 Ogos 2016 ini akan mengeluarkan album terbaru sebelum salah seorang ahlinya T.O.P menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link