Nabila Huda Pilih Konsep Coachella Untuk Koleksi EH! X FashionValet

Oleh : Farhana Fuad

 

E-0359

 

Buat pertama kalinya EH! tampil dengan koleksi fesyen berkolaborasi bersama stor online popular, FashionValet dan tiga orang selebriti terkenal iaitu Scha Alyahya, Nabila Huda dan Lisa Surihani.

 

Sewaktu sesi penggambaran muka depan majalah EH! sempena kolaborasi ini, saya sempat mewawancara Nabila Huda untuk kolaborasi fesyen yang bakal dipentaskan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week tahun ini.

 

E-0279

 

Ditanya tentang inspirasi koleksi ini, ibu kepada Keisha Laila ini menjawab “Inspirasi itu datang dari apa yang sukakan. Setiap hari saya lebih senang memakai pakaian yang ringkas. Jadi untuk tema koleksi ini lebih kepada tema ala Coachella. Sebab saya bermain dengan unsur fringe, kardigan, dan semua boleh kata cukup santai.”

 

Tambah Nabila lagi, “Maknanya ia boleh dipakai untuk siang hari, atau pada waktu malam juga. Jika ingin digayakan pada waktu malam, mungkin patut tambah lebih aksesori untuk tampak lebih bergaya. Pada waktu siang, ia cukup selesa untuk dipakai begitu sahaja. Jadi saya lebih prefer untuk rekaan pakaian yang boleh dipakai setiap hari serta saya memfokuskan pada material yang sangat selesa dengan cuaca di Malaysia.”

 

Pelakon filem Munafik ini turut menyatakan yang dirinya cukup gembira pabila dipilih untuk bersama dalam menghasilkan kolaborasi EH! X FashionValet ini.

 

“I’m so happy kerana secara tak langsung saya boleh kongsikan idea saya ini bersama peminat-peminat. Kadang-kadang ada di antara mereka ingin merasa memakai pakaian apa yang saya pakai. Jadi, bila saya menghasilkan pakaian yang saya suka gayakan, saya nak peminat-peminat merasa dekat dengan jiwa dan stail saya. Mereka juga boleh dapatkannya dengan mudah jika ingin tampil seperti saya.”

 

Ceraian fesyen dari Nabila Huda untuk koleksi kolaborasi EH! X FashionValet bakal mula dipasarkan pada 14 September 2016 di laman web FashionValet.

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link