Gambar : Sumber Google
Sukan Olimpik Rio yang kini sedang berlangsung nyata membuatkan kehangatan dan semangat kesukanan membara-bara di setiap pelusuk dunia yang terlibat dalam acara sukan ini.
Meskipun sukan skuasy tidak tersenarai dalam sukan Olimpik, walaubagaimana pun Datuk Nicol David terus mengharumkan sekali lagi nama Malaysia pabila dia tersenarai di dalam senarai 20 atlet sukan yang terbaik dunia.
Berada di tangga ke-17, pemain skuasy negara ini disenarai sama dengan jaguh sukan handal yang lain termasuk Usain Bolts dan Cristiano Ronaldo.
Datuk Nicol kini berada di tangga ketiga dalam ranking dunia (bagi sukan skuasy) selepas menyandang pemain skuasy terbaik nombor 1 di dunia selama 108 bulan sejak Ogos 2006.
Datuk Nicol pernah memenangi 3 pingat emas di perlawanan peringkat dunia. Bahkan, dua lagi pingat emas dirangkul ketika Sukan Komanwel serta lapan kali juara di kejohanan terbuka peringkat antarabangsa.
EH! kongsikan senarai 20 atlet terhebat di dunia.