3 Mitos Seks Ramai Fikir Benar

Oleh: Farhana Fuad

shutterstock_319395830

Gambar: shutterstock.com


Boleh dikatakan apa yang kita pelajari tentang “
Reproduction” dalam matapelajaran Biologi di sekolah sebenarnya ada betul dan tidaknya. Jom ketahui lima mitos tentang seks yang kebanyakkannya percaya ianya benar.

 

Mitos 1 : Seks bakar kalori dalam badan

 

Kebenaran: Pakar menganggarkan 30 minit hubungan seks boleh membakar 85 ke 150 kalori. Secara teorinya anda perlu bakar senyak 3,500 kalori untuk menurunkan 0.5kg berat badan anda.Ini bermakna jika anda menganggarkan 100 kalori pada 30 minit hubungan seks, jadinya anda perlu melakukan seks sebanyak 35 kali untuk menurunkan 0.5kg berat anda.

 

Mitos 2 : Seks punca serangan jantung

 

Kebenaran: Tahukah anda sebenarnya melakukan seks dengan lebih kerap boleh memberikan kesihatan yang lebih baik buat jantung anda. Dalam satu kajian mendapati seorang lelaki yang melakukan seks sebanyak dua kali seminggu atau lebih kurang mendapat risiko penyakit kardiovaskular.

 

Mitos 3: Tiram pembangkit keinginan seks

 

Kebenaran: Ya, benar tiram kaya dengan zink tetapi ia sebenarnya hanya membuatkan sperma agar kekal sihat. Namun tiada kajian yang mengatakan bahawa tiram boleh membangkit keinginan seks.

Share via
Copy link