6 Langkah Ini Bantu Tingkatkan Nafsu Berahi Wanita

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ketahuilah bahawa 70 peratus wanita tidak mengalami klimaks ketika melakukan hubungan seks.

 

Gambar : Shutterstock

 

Masalah ini menyebabkan hubungan antara pasangan semakin dingin dan membosankan. Ini menghairankan kerana hubungan seks sepatutnya diakhiri dengan klimaks.

 

Jangan sesekali pandang enteng akan hal ini. Puncak syahwat penting bagi memastikan keharmonian hubungan suami isteri. Ada wanita yang melakukan hubungan seks atas dasar tanggungjawab dan ada juga semata kerana rindukan suaminya.

 

Kerana itu ia memberi tekanan pula kepada suami kerana ada pasangan yang mengambil masa terlalu lama untuk klimaks! Banyak kecelaruan dan rasa tidak puas hati akan timbul, justeru itu ikuti beberapa tip untuk anda dan berbincanglah bersama pasangan untuk pengalaman di kamar tidur yang lebih indah.

 

Panas, panas!

 

 

Buat pengetahuan, suhu suam dan keadaan yang panas dapat merangsang nafsu wanita. Sebelum bermesra dengan pasangan, digalakkan untuk berendam di dalam air suam yang ditaburi bunga serta aroma wangi. Atau jika masa suntuk, tekapkan tuala berendam air suam pada vagina untuk beberapa minit. Darah lebih mudah mengalir di kawasan sekitar vagina dan dapat meningkatkan penghasilan cecair dan sifat sensitif pada bahagian sulit wanita.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link