Awas! Ini Dia Tanda-tanda Pasangan Curang

Erti kata setia itu ibarat tidak ada makna lagi apabila ada di antara kalian yang mula bermain kayu tiga dalam diam. Ketahui tanda-tanda jika si dia mula curang.

 

Gambar : Shutterstock

Curang atau bersikap tidak setia pada pasangan hidup tidak kira yang sudah berumah tangga mahupun belum sering berakhir dengan episod duka. Hakikatnya curang agak sukar untuk dikenal pasti sekiranya pasangan bijak mengaburinya dengan tingkah laku mereka. Namun apabila tingkahnya dikesan, bermulalah juga kemusnahan pada kepercayaan dan janji setia pasangan yang ternoda.

 

Semak tanda-tanda jika pasangan anda curang dalam perhubungan. 

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tanda 1: Berpura-pura 

 

Bagi menutup kesalahan yang dilakukan, majoriti mereka yang curang terhadap pasangan licik dalam memainkan watak setia tatkala bersama. Kemungkinan ramai ada yang ingin menutup syak yang mula dihidu dengan memberikan hadiah atau kejutan kepada pasangan mereka. Namun, jangan mudah berburuk sangka kerana takut boleh merosakkan hubungan kalian. Jadi, selidik dengan teliti terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link