Awas! Ini Dia Tanda-tanda Pasangan Curang

Erti kata setia itu ibarat tidak ada makna lagi apabila ada di antara kalian yang mula bermain kayu tiga dalam diam. Ketahui tanda-tanda jika si dia mula curang.

 

Gambar : Shutterstock

Curang atau bersikap tidak setia pada pasangan hidup tidak kira yang sudah berumah tangga mahupun belum sering berakhir dengan episod duka. Hakikatnya curang agak sukar untuk dikenal pasti sekiranya pasangan bijak mengaburinya dengan tingkah laku mereka. Namun apabila tingkahnya dikesan, bermulalah juga kemusnahan pada kepercayaan dan janji setia pasangan yang ternoda.

 

Semak tanda-tanda jika pasangan anda curang dalam perhubungan. 

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tanda 3: Cepat marah

 

Ada sahaja yang tidak kena dibuatnya. Bahkan sudah mula berani melontarkan kemarahan di hadapan khalayak ramai. Tidak seperti pada awal perkenalan, segalanya sudah mula dingin dan mudah emosi dengan sesuatu perkara. Bila ditanya, dimarahi pula. Setibanya peringkat sebegini, boleh dikatakan peratusannya tinggi yang si dia mempunyai kekasih lain di luar sana. Cara terbaik untuk menyelesaikannya adalah duduk dan berikan penjelasan akan status hubungan kalian agar segalanya boleh diselesaikan dengan cara matang dan dengan baik.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link