Dating Seharian Dengan RM50 Sahaja

Di pertengahan bulan, pasti anda berdua jarang keluar bersama kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. Namun begitu, tahukah anda, tidak mustahil untuk anda keluar dating seharian dengan hanya berbekalkan RM50 sahaja? Kami ada cadangan yang boleh anda cuba!

 

Dating Seharian Dengan RM50

Gambar: sabah.gov.my, itsaboutwomen.wordpress.com, qusyairijamaludin.blogspot.com

 

10 pagi sehingga 1 petang

Jemput si dia di rumah dan terus bawanya bersarapan di kedai mamak. Pesan roti canai dan teh tarik untuk anda berdua. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah RM6.00.

Teruskan temu janji anda berdua di Pusat Sains Negara. Jangan terkejut, tempat yang anda rasakan membosankan ini sebenarnya boleh menghiburkan anda berdua. Tiket biasa RM6 untuk seorang. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah RM18.00.

 

2 petang sehingga 4 petang

Sudah tiba masanya untuk makan tengah hari. Bajet anda berdua hanya RM8.00. Anda berdua boleh membeli burger yang terjual di tepi jalan dan air mineral. Letakkan kereta di bawah pokok dan makan bersama sambil berbual tentang aktiviti anda sepanjang minggu. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah RM26.00.

Selepas itu anda berdua boleh ke Shah Alam untuk bermain kayak. Anda hanya perlu membayar RM5 untuk sejam. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah RM31.00.

 

5 petang sehingga 8 malam

Beli layang-layang yang berharga RM2.00 dan teruskan aktiviti bermain layang-layang berdua di taman berhampiran. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah RM33.00.

Seterus anda berdua boleh menggunakan baki wang yang tinggal untuk makan malam sebelum menghantar pasangan pulang ke rumah. Selamat mencuba!

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link