Kebaikan Kahwin Muda

 

 

pernikahan2

Gambar: flexmedia.co.id

 
Kita sering dengar kisah perkahwinan nenek moyang yang mendirikan rumah tangga di usia muda seawal 18 tahun lagi. Mungkin ada masanya pasangan kekasih selalu mengelak untuk berkahwin muda kerana ia seolah halangan untuk melakukan banyak perkara sebelum sah menjadi suami isteri. Tetapi sebenarnya berkahwin awal mempunyai kebaikannya yang boleh dimanfaatkan pasangan bercinta.

Elak dari perbuatan terkutuk

Perkahwinan di usia muda sememangnya baik kerana ia dapat membendung banyak perkara buruk dari berlaku di kalangan remaja. Ia dapat mengelakkan dari pasangan yang sedang dilamun cinta terlanjur perbuatan dan sekaligus mengurangkan kes pembuangan bayi.

Tuntutan agama

Mendirikan rumah tangga seumpama kita mendirikan sebuah masjid. Ia adalah satu tuntutan agama yang disarankan dalam Islam. Hubungan percintaan digalakkan untuk mempercepat urusan pernikahan jika sudah cukup syarat dan layak untuk berkahwin.

Mematangkan diri

Perkahwinan sebenarnya boleh mematangkan diri seseorang apabila mereka ada rasa tanggungjawab dengan pasangan yang mereka nikahi. Ini kerana perhubungan yang diijab kabulkan secara sah dapat menimbulkan sikap untuk menjaga pasangan hidup kita dan lebih ke arah kekeluargaan.

Memperbaiki diri

Sah sahaja ikatan perkahwinan, ia bukan hanya dapat mematangkan diri kita. Malah, ia dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Sering kita dengar di kalangan remaja berusia 18 hingga 24 tahun selalu mempunyai masalah sosial. Jadi, perkahwinan di usia muda dapat mengubah diri dan sikap ke arah yang baik.

Elak fitnah

Sering kali kita mendengar dan melihat pasangan kekasih berusia muda pergi bercuti bersama-sama tanpa ikatan yang sah. Bak kata orang, tidak manis jika dilihat orang. Apa kata nikahi sahaja orang yang anda sayang secepatnya. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan terlanjur, malah juga mengelakkan fitnah dan perkara yang tidak diingini.

Share via
Copy link