Anda Masih Single? You’re Not Alone!

Teks : Anis Hanini

 

Perasaan untuk berpasangan hadir secara semula jadi buat mana-mana individu. Namun ada juga yang lebih gemar untuk kekal bersendirian dan bagi kami ia sesuatu yang patut diraikan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya rata-rata individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Di dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu ataupun lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan bahawa seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lebih lengkap.

 

Golongan wanita terutamanya seringkali ditekan untuk mencari pasangan hidup dengan cepat atas faktor kesuburan, yang mana pabila usia semakin meningkat, semakin sukar untuk mendapatkan zuriat. Namun begitu ini tidak bermakna mereka yang berstatus bujang tidak bahagia. Ada beberapa individu yang saya kenali, masih kekal dengan status bujang kerana kehendak peribadi. Sebelum anda ‘judge’ mereka yang masih bujang, kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) ANDA BELAJAR UNTUK MENGHARGAI DIRI SENDIRI

Pabila anda berpasangan, secara automatiknya anda akan dianggap dan dijangka untuk lebih fokus pada keperluan dan kehendak  mereka, bukan lagi pada diri sendiri menurut ahli psikologi klinikal dan pengasas MySingleSpace, Wendy Wasson, Ph.D. Jangkaan ini seringkali menyebabkan keretakan dalam satu hubungan kerana kehendak yang tinggi daripada pasangan masing-masing. Tekanan ini tidak menjadi kerisauan buat mereka yang bujang kerana mereka belajar untuk menghargai diri sendiri dan meletakkan diri mereka dahulu sebelum orang lain. Tidak salah pun untuk berbuat demikian kerana if you don’t love yourself, then who else will?

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link