Anda Masih Single? You’re Not Alone!

Teks : Anis Hanini

 

Perasaan untuk berpasangan hadir secara semula jadi buat mana-mana individu. Namun ada juga yang lebih gemar untuk kekal bersendirian dan bagi kami ia sesuatu yang patut diraikan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya rata-rata individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Di dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu ataupun lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan bahawa seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lebih lengkap.

 

Golongan wanita terutamanya seringkali ditekan untuk mencari pasangan hidup dengan cepat atas faktor kesuburan, yang mana pabila usia semakin meningkat, semakin sukar untuk mendapatkan zuriat. Namun begitu ini tidak bermakna mereka yang berstatus bujang tidak bahagia. Ada beberapa individu yang saya kenali, masih kekal dengan status bujang kerana kehendak peribadi. Sebelum anda ‘judge’ mereka yang masih bujang, kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.

2 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

2) HUBUNGAN DENGAN TEMAN MENJADI LEBIH BAIK

Jika anda lihat, pabila anda mula berpasangan, hubungan dengan teman-teman juga semakin lama semakin renggang. Walaupun ini tidak terjadi kepada semua pasangan, ada sesetengah daripada mereka akan lebih fokus untuk berdua sahaja. Mereka yang bujang pula akan lebih fokus kepada teman dan ahli keluarga dan ini akan menguatkan lagi hubungan mereka. Mereka yang tidak mempunyai teman ramai memiliki kemungkinan untuk meninggal dunia tujuh tahun lebih awal tidak mengira usia anda menurut kajian oleh jurnal PLoS Medicine yang dilakukan di Brigham Young University dan University of North Carolina.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link