Anda Masih Single? You’re Not Alone!

Teks : Anis Hanini

 

Perasaan untuk berpasangan hadir secara semula jadi buat mana-mana individu. Namun ada juga yang lebih gemar untuk kekal bersendirian dan bagi kami ia sesuatu yang patut diraikan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya rata-rata individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Di dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu ataupun lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan bahawa seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lebih lengkap.

 

Golongan wanita terutamanya seringkali ditekan untuk mencari pasangan hidup dengan cepat atas faktor kesuburan, yang mana pabila usia semakin meningkat, semakin sukar untuk mendapatkan zuriat. Namun begitu ini tidak bermakna mereka yang berstatus bujang tidak bahagia. Ada beberapa individu yang saya kenali, masih kekal dengan status bujang kerana kehendak peribadi. Sebelum anda ‘judge’ mereka yang masih bujang, kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.

4 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

4) TIDUR LEBIH NYENYAK

Mungkin ini akan kedengaran pelik, tetapi hakikatnya jika anda bujang, tidur anda akan lebih nyenyak dan tenang. Jika pasangan anda kuat berdengkur atau miliki jadual tidur berbeza dengan anda, ini boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Menurut Journal of Marital and Family Therapy oleh Jeffrey H. Larson, D. Russell Crane dan Craig W. Smith, pasangan yang miliki corak waktu tidur berbeza mempunyai lebih masalah dalam hubungan termasuk kurang hubungan intim, kurang berkomunikasi dan lebih konflik dalam menyelesaikan masalah. Malah, satu kajian juga mendapati bahawa sebaik sahaja masalah berdengkur pasangan dirawat, kualiti tidur pula meningkat sebanyak 13 peratus.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link