Anda Masih Single? You’re Not Alone!

Teks : Anis Hanini

 

Perasaan untuk berpasangan hadir secara semula jadi buat mana-mana individu. Namun ada juga yang lebih gemar untuk kekal bersendirian dan bagi kami ia sesuatu yang patut diraikan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya rata-rata individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Di dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu ataupun lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan bahawa seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lebih lengkap.

 

Golongan wanita terutamanya seringkali ditekan untuk mencari pasangan hidup dengan cepat atas faktor kesuburan, yang mana pabila usia semakin meningkat, semakin sukar untuk mendapatkan zuriat. Namun begitu ini tidak bermakna mereka yang berstatus bujang tidak bahagia. Ada beberapa individu yang saya kenali, masih kekal dengan status bujang kerana kehendak peribadi. Sebelum anda ‘judge’ mereka yang masih bujang, kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.

5 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

5) ANDA BOLEH LAKUKAN APA SAHAJA YANG DIINGINI

Tanpa pasangan, anda boleh mengawal kehidupan dan masa anda sendiri. Ini bermakna anda boleh mencipta rutin harian yang selesa tanpa perlu memikirkan tentang rutin harian orang lain terutamanya pasangan anda. Dengan ini juga, anda boleh lakukan apa sahaja yang anda ingini tanpa meminta kebenaran pasangan. Menurut kajian oleh McGill University di Kanada, mereka yang memiliki rutin harian stabil mempunyai hidup yang lebih berkualiti dan lebih tidak cenderung untuk menghidap gangguan mental. Apa yang anda tunggu lagi? Take charge of your life now.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link