Anda Masih Single? You’re Not Alone!

Teks : Anis Hanini

 

Perasaan untuk berpasangan hadir secara semula jadi buat mana-mana individu. Namun ada juga yang lebih gemar untuk kekal bersendirian dan bagi kami ia sesuatu yang patut diraikan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya rata-rata individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Di dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu ataupun lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan bahawa seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lebih lengkap.

 

Golongan wanita terutamanya seringkali ditekan untuk mencari pasangan hidup dengan cepat atas faktor kesuburan, yang mana pabila usia semakin meningkat, semakin sukar untuk mendapatkan zuriat. Namun begitu ini tidak bermakna mereka yang berstatus bujang tidak bahagia. Ada beberapa individu yang saya kenali, masih kekal dengan status bujang kerana kehendak peribadi. Sebelum anda ‘judge’ mereka yang masih bujang, kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.

6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

6) JIMAT WANG

Ya, pastinya wang anda masih akan berkurang jika anda gemar berbelanja. Maksudnya di sini adalah jika anda masih bujang anda akan hanya menggunakan wang untuk diri sendiri. Pabila anda sedang bertemu janji dengan pasangan, perbelanjaan akan menjadi berganda. Ini termasuk kos perbelanjaan untuk makan, menonton wayang, kos kecantikan dan lain-lain lagi. Belum melibatkan lagi kos hadiah hari jadi, ulang tahun ataupun percutian bersama-sama. Buat mereka yang telah berkahwin pula, kos perbelanjaan juga akan lebih bertambah apatah lagi jika anda dikurniakan cahaya mata. Jadi buat mereka yang masih bujang, usah bersedih kerana wang yang anda dapat setelah penat lelah bekerja, boleh digunakan untuk belanja diri sendiri sahaja.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link