Anda Masih Single? You’re Not Alone!

Teks : Anis Hanini

 

Perasaan untuk berpasangan hadir secara semula jadi buat mana-mana individu. Namun ada juga yang lebih gemar untuk kekal bersendirian dan bagi kami ia sesuatu yang patut diraikan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya rata-rata individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Di dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu ataupun lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan bahawa seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lebih lengkap.

 

Golongan wanita terutamanya seringkali ditekan untuk mencari pasangan hidup dengan cepat atas faktor kesuburan, yang mana pabila usia semakin meningkat, semakin sukar untuk mendapatkan zuriat. Namun begitu ini tidak bermakna mereka yang berstatus bujang tidak bahagia. Ada beberapa individu yang saya kenali, masih kekal dengan status bujang kerana kehendak peribadi. Sebelum anda ‘judge’ mereka yang masih bujang, kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.

8 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

8) MENGEMBARA DAN MENGENALI DUNIA

Bukan bermakna anda yang berpasangan tidak dapat lakukan perkara yang sama, cuma mereka yang bujang tidak punyai batasan tertentu. Sebagai contoh, pabila anda mengembara atau bercuti dengan pasangan, anda perlu bertoleransi dengan mereka lokasi, bajet mahupun aktiviti yang akan dilakukan. Mereka yang bujang pula tidak perlu fikirkan semua perkara tersebut kecuali jika mengembara bersama teman atau ahli keluarga. Hanya pack helaian yang diperlukan, bawa passport dan kenali dunia secara rawak (tetapi masih jaga keselamatan) mengikut naluri anda.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link