Anda Masih Single? You’re Not Alone!

Teks : Anis Hanini

 

Perasaan untuk berpasangan hadir secara semula jadi buat mana-mana individu. Namun ada juga yang lebih gemar untuk kekal bersendirian dan bagi kami ia sesuatu yang patut diraikan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya rata-rata individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Di dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu ataupun lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan bahawa seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lebih lengkap.

 

Golongan wanita terutamanya seringkali ditekan untuk mencari pasangan hidup dengan cepat atas faktor kesuburan, yang mana pabila usia semakin meningkat, semakin sukar untuk mendapatkan zuriat. Namun begitu ini tidak bermakna mereka yang berstatus bujang tidak bahagia. Ada beberapa individu yang saya kenali, masih kekal dengan status bujang kerana kehendak peribadi. Sebelum anda ‘judge’ mereka yang masih bujang, kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.

9 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

9) BEBAS UNTUK BERKAWAN

Tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana individu, ini bermakna anda bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Ada sesetengah pasangan yang terlalu mengongkong mungkin tidak akan membenarkan anda keluar dengan teman walaupun jantina sama hanya kerana mereka kuat cemburu. Bukan semua pasangan seperti ini namun pabila anda bujang, anda tidak perlukan kebenaran untuk berkawan. Jadi buka minda anda dan beramah mesra dengan mana-mana individu sekalipun kerana tidak salah untuk anda membuat kawan baru. Mana tahu teman-teman ini juga yang akan banyak membantu anda di masa hadapan nanti.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link