Cara Jadi Seksi

Siapa di antara anda yang tidak mahu kelihatan seksi? Ada yang menganggap penampilan seksi itu penting untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, perkataan seksi itu sering disalahertikan dengan pakaian yang menjolok mata. Tahukah anda seksi boleh merujuk kepada senyuman mahupun cara anda bercakap? Sebenarnya, ada caranya untuk menjadi seksi tanpa mendedahkan aset berharga anda.

KEJENGKELAN WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI >> 

03A25318

Gambar: INGimage

LANGKAH MENDAPATKAN KAKI YANG SEKSI >>

Rona Merah

Ramai yang bersetuju rona merah mempunyai aura sensualnya yang tersendiri. Tak kira sama ada warna merah menyala dioleskan pada bibir ataupun dikenakan sebagai busana dan sepatu, ia mampu menaikkan ghairah lelaki. Cubalah bergaya ‘merah’ hari ini dan nantikan sahaja pujian daripada si dia.

WANITA SEKSI SUKAKAN WARNA MERAH >>

Fabrik Renda

Mungkin kerana banyak pakaian tidur wanita yang seksi berunsurkan renda, membuatkan busana les mampu menonjolkan keseksian wanita. Pakaian berenda turut memberikan gaya vintaj yang dipandang seksi oleh kaum lelaki.

PERKARA YANG LELAKI TAKUT PEREMPUAN TAHU >>

Yakin dan Bijak

Sifat ini merupakan keseksian yang sangat effortless. Lelaki memandang wanita yang yakin dan berdikari sebagai seksi. Minum sambil membaca buku seorang diri di kedai kopi dirasakan berani oleh lelaki kerana keselesaan dan keyakinan wanita membawa diri walaupun berseorangan. Lelaki turut suka berdamping dengan wanita yang pandai kerana isi-isi yang diberikan ketika berkomunikasi sangat bernas dan masuk akal. Dan itu sungguh seksi.

Share via
Copy link