Helah Mudah Yang Boleh Anda Cuba Untuk Tarik Perhatian Jejaka Idaman

Pernah dengan istilah, jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang? Jika dah berkenan dengan seseorang, terus sahaja pikat hatinya. Jangan tunggu nanti anda sendiri yang ternga-nga.

Gambar: Freepik

Oleh itu, EH! kongsikan lima helah mudah untuk anda pikat hati jejaka idaman anda.

Minta Tolong

Ingin tahu jika jejaka itu selesa dengan anda atau tidak? Cuba minta bantuan padanya. Jika dia bersetuju untuk membantu maka dia selesa bersama dengan anda. Dan si dia mungkin akan ada potensi untuk mempuyai perasaan positif dan mula menerima diri anda.

Gelak Pada Jenaka Si Dia

Menurut kajian yang dilakukan di luar negara, semakin banyak anda ketawa dengan seseorang, kita akan tertarik dengan mereka.

Kongsikan Kekurangan Tentang Diri Anda

Berkongsikan kekurangan tentang diri sendiri dengan orang tersayang boleh buat anda rasa rendah diri dan selamat. Hal ini boleh mendorong anda atau pasangan untuk berkongsi lebih lagi mengenai diri atau masalah mereka.

Post Benda Yang Dia Suka

Inilah masanya untuk anda gunakan akaun Instagram. Muat naik atau post gambar ketika anda sedang berseronok atau hobi yang digemari. Untuk dapatkan perhatian si dia, mungkin anda boleh cuba post benda yang dia suka seperti muzik atau filem kegemarannya.

Tonton Filem Seram Bersama

Apabila anda menonton filem seram bersama, ia boleh membuatkan si dia sukakan anda kerana mereka akan menzahirkan adreanline rush yang sering kali dikaitkan dengan tarikan dan juga denyutan hati kepada anda.

Sumber: Cosmopolitan Malaysia

Share via
Copy link