Idamkan Anak Kembar? Ini Dia Tip Yang Membantu Dalam Merealisasinya

Jika berusaha tidak salah. Jom baca lagi tip untuk hamil anak kembar.

 

Gambar : Shutterstock

 

Majoriti pasangan suami isteri menginginkan anak kembar dan sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan peluang yang mungkin mustahil bagi sesetengah orang. Ianya tidak salah untuk memasang impian kerana siapa tahu ia boleh jadi kenyataan?

 

Fakta sememangnya menyatakan bahawa mendapat anak kembar adalah bergantung pada beberapa faktor. Ianya termasuklah rawatan kesuburan, keturunan, umur, genetik, dan jenis tubuh. Segalanya memainkan peranan dalam meningkatkan peluang tersebut.

 

Tetapi, ada cara lain yang mungkin anda boleh cuba untuk mendapatkan anak kembar dalam salasilah keluarga meskipun tidak ada genetik kembar dalam darah dan keturunan keluarga anda. Siapa tahu rezeki itu milik kita dan ikhtiar.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Pengambilan suplemen asid folik

Satu kajian di Australia menunjukkan bahawa sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat anak kembar jika mereka mengambil asid folik sebelum terbukti hamil. Sebenarnya asid folik banyak membantu dalam mengelak masalah kecacatan tiub neural, jadi asid folik sentiasa merupakan idea yang baik meskipun jika anda tidak merancang untuk anak kembar.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link