Kesan Buruk Onani Pada Kesihatan

Definisi onani adalah aktiviti yang dilakukan sendiri bagi merangsang alat sulit, tidak kira lelaki mahupun wanita untuk mencapai klimaks. Kadang-kala, peralatan seks juga digunakan bagi melancarkan proses onani seperti pelincir atau vibrator.

 

Gambar: INGimage

 

Kebanyakan mereka yang melakukan onani adalah mereka yang belum berkahwin atau pasangan tidak bersedia atau tidak berminat untuk melakukan hubungan seks. Mereka tidak dapat menahan keinginan akibat pendedahan melampau terhadap video atau filem lucah atau godaan daripada pasangan.

 

Namun tidak ramai yang tahu tentang kesan buruknya pada kesihatan tubuh badan sama ada sekarang atau di masa akan datang. Jadi, EH! senaraikan kesan buruk onani untuk pengetahuan anda.

 

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gangguan saraf refleksologi

Tahukah anda, setiap saraf bahagian alat sulit, tidak kira lelaki mahupun wanita berkaitan dengan saraf refleksologi organ badan yang lain? Contohnya, zon mulut faraj berkaitan buah pinggang manakala zon liang faraj pula mempengaruhi kesihatan pankreas dan hati. Kerana itu, ditakdirkan wanita dan lelaki melampiaskan nafsu pada jalan yang betul dengan memasukkan zakar ke dalam lubang faraj. Jika beronani, anda hanya fokus pada satu kawasan dan menyebabkan gangguan sistem pada organ badan yang berkaitan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link