Kisah Benar : Pautan Kasih ‘Mat Saleh’

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bunyi deruman motosikal abang posmen yang segak berdiri di hadapan pintu kecil rona merah tertulis ‘Peti Surat’ membuatkan Suraya begitu teruja untuk melihat isi kandungan sepucuk surat putih kiriman Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Gambar : Shutterstock

 

Riak wajah teruja dan gembira pada sebujur wajah putih mulus jelas kelihatan apabila khabar yang diterima menerusi surat itu cukup menggembirakan, permohonan biasiswanya untuk melanjutkan pengajiannya bagi peringkat Ijazah di United Kingdom diluluskan.

 

Hari silih berganti dan sudah tiba masanya untuk Suraya berangkat meninggalkan keluarga tercinta. Pesan ibu, “Jaga diri baik-baik Su, jangan mudah leka dengan budaya di sana jika berada dalam keadaan serba kesusahan berdoalah nak, mudah-mudahan Dia akan makbulkan segala yang dipinta.”

 

Berderai laju air mata Suraya kala bondanya berkata demikian namun pinta hatinya dia perlu tabah mengharungi segala ujian yang bakal dihadapi. Dia tidak pernah berjauhan dari keluarga, inilah pengalaman pertamanya.

 

Hampir lebih 12 jam perjalanan akhirnya dia menjejakkan kaki di kota London buat kali pertama. Dia tidak henti memanjatkan rasa syukur. Inilah impian yang selalu dia angan-angankan, menyambung pengajian ke luar negara dan menjawat jawatan yang tinggi sesudah habis belajar.

 

Lamunan dia terhenti seketika apabila terdengar seseorang memanggil namanya di ruangan balai ketibaan, malah turut disertakan sepanduk tertulis ‘Welcome Suraya’. Dia terus menyambut lambaian dengan senyuman lebar, banyak soalan ingin diutarakan namun dibiarkan sahaja kerana tubuhnya sudah cukup penat tambahan pula cuaca sejuk di sana bagaikan membuat dirinya sedikit dingin untuk berbual.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link