Kisah Benar : Pautan Kasih ‘Mat Saleh’

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menjelang majlis konvokesyennya, Suraya menerima panggilan dari kampus untuk mengambil beberapa dokumen penting. Panggilan yang diterima itu menjadi ‘tiket’ terbaik untuk dia berkunjung kembali ke universiti. Hasrat hati bolehlah dia berjumpa Daniel usai urusannya. Sesudah selesai urusan di pejabat kampus, dia menuruni anak tangga berona jingga tiba-tiba dia terasa jantungnya terhenti seketika apabila melihat dua pasangan muda sedang asyik bercumbu di tepi tangga. Alangkah terkejutnya melihat lelaki tinggi kusut masai di hadapannya adalah lelaki kesayangannya.

 

Ibarat halilintar mengelilingi bumi, sepantas itulah rasa sedih dan kecewa memenuhi setiap sudut tubuhnya. Bukan mudah untuk dia menerima kekecewaan ini memandangkan Daniel adalah cinta pertamanya. Ternyata perubahan sikap Daniel selama ini bukan kerana kesibukan atau tuntutan pengajian. Benarlah kata orang, nobody is too busy, it’s just matter of priorities. Suraya tidak menyangka rasa suka kepada Daniel yang bermula dengan rasa terpaksa dan kemudiannya bercambah dengan rasa kasih dan sayang kini berakhir dengan kedukaan. Dalam hidup kita hanya mampu merancang, namun Allah juga yang punya kuasa menentukan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link