Lima Jenis Lelaki Ini Anda Patut Hindari Kalau Tak Nak Kecewa

Perhatian kaum wanita! Seeloknya elakkan diri dari anda jatuh cinta dengan jenis lelaki yang EH! senaraikan di bawah kerana takut kecewa tak sudah di kemudian hari.

 

shutterstock_511178566

Gambar : Shutterstock

 

Umum tahu yang mana lelaki ini lambat matang dari perempuan. Tapi anda kena beringat yang mana sifat buruk dalam diri seseorang itu boleh dibuang jika kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

 

Ia bergantung sama ada kita mahu atau pun tidak. Jadi, seeloknya dari awal elakkanlah dari berhubungan dengan jenis lelaki sebegini kerana tidak semua lelaki mahukan perubahan pada diri mereka, hendak pula ego yang menebal, sudah pasti kamu yang akan dikecewakan dengan harapan palsu.

 

Jadi, di sini EH! senaraikan jenis lelaki yang patut anda hindari.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Anak emak

Bila setiap kali keluar untuk bersama rakan pun si dia sering meminta izin dari ibunya terlebih dahulu, sudah semestinya ini menandakan yang dia sememangnya anak emak. Menjaga dan menghormati ibunya itu tidak salah, tapi kalau sampai masa kalian inginkan ganjakkan hubungan ke tahap lebih serius tetapi dirinya tidak dapat mengawal desakan dari ibu atau keluarganya, sudah pastinya ia bakal mengundang masalah di kemudian hari nanti.

Share via
Copy link