Makanan Meningkatkan Daya Seks

03B85805

Gambar: INGimage

 

Terdapat pelbagai cara untuk anda meningkatkan kenikmatan seks dan makanan adalah salah satu daripadanya. Selama beberapa abad terdapat makanan dan herba yang telah dikenalpasti dapat membantu meningkatkan prestasi seks manusia. EH! berkongsi beberapa jenis makanan yang mungkin biasa dimakan atau boleh anda cuba selepas ini.

 

Tiram adalah makanan yang utama dalam kumpulan makanan yang dapat meningkatkan prestasi seks. Selain kaya dengan zink, ia juga mengandungi zat galian yang baik bagi penghasilan cecair faraj dan hormon testosteron.

 

Coklat mengandungi phytichemical yang meningkatkan aliran darah selain kandungan enderphins, kimia yang membuat ‘rasa gembira’ dan meningkatkan daya seks. Coklat juga mengandungi ramuan yang mampu menjadikan kulit manusia sensitif terhadap sentuhan walaupun ia dilakukan dengan lembut.

 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bawang putih dapat membantu memekatkan air mani lelaki. Air mani yang pekat dan banyak boleh meningkatkan libido lelaki sewaktu klimaks. Bawang putih juga dikatakan dapat mengatasi masalah lemah tenaga batin selain mampu meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.

 

Selain membantu mengurangkan risiko barah prostat, cili dikatakan membantu melancarkan edaran darah sewaktu hubungan seks. Darah yang dipam dengan baik ke bahagian seksual membantu lelaki bertahan lebih lama selain meningkatkan berahi bagi wanita.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link