Perkara yang Lelaki Tak Mahu Wanita Tahu

 

Lelaki suka berahsia dan boleh dikatakan kesemua rahsia mereka ini adalah untuk mempertahankan ego mereka. Tetapi, anda bernasib baik kerana kami berjaya membongkar perkara-perkara yang lelaki cuba rahsiakan dari wanita.

 

03A50335x

Gambar: INGimage

 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kelemahannya

Lelaki sangat takut wanita mengetahui kelemahannya. Mungkin mereka takutkan ketinggian atau lipas yang mereka tidak mahu langsung anda tahu. Dan, lelaki juga menangis. Emosi lelaki yang baru sahaja putus cinta sebenarnya lebih dahsyat berbanding wanita. Tetapi mereka pandai menyembunyikannya. Mereka takut sekiranya wanita tahu akan kelemahan mereka, wanita akan berjenaka mengenainya yang tentunya atau mungkin memalukan mereka. Dan jika mereka menangis di depan anda, berikanlah mereka coklat. Tangisan mereka tu adalah tanda cinta kepada anda.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link