Selain Coklat Dan Bunga, Ini 5 Hadiah Yang Akan Buat Si Dia Gembira

Apabila tiba hari kekasih mahupun hari jadi pastinya anda ingin memberikan sesuatu yang istimewa buat si dia. Mungkin hadiah seperti bunga dan coklat sudah terlalu biasa. Jadi, apa kata anda cuba berikan sesuatu yang lain.

Gambar: Depositphotos

Jika tiada idea, anda boleh cuba hadiah menarik yang EH! kongsikan ini sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Pakaian

Bila anda tiada idea untuk mencari hadiah yang sesuai, pakaian pasti tidak akan menghampakan. Ia adalah antara hadiah universal untuk diberikan dalam apa jua acara. Pilih pakaian yang bergaya dan selesa dan mengingatkan anda kepada si dia. Lebih romantik jika anda hadiahkan pakaian sepadan untuk pasangan. Pilih daripada warna kesukaan anda berdua, corak yang romantik mahupun baju yang tertulis abjad nama pasangan dan sebagainya.

Wangian

Wangian juga adalah antara hadiah yang sesuai untuk wanita dan juga lelaki. Tetapi pastikan anda memilih wangian mengikut kemampuan. Mungkin anda boleh memilih wangian yang terdiri daripada pelbagai produk seperti mandian, pelembap dan juga semburan badan.

Tali Leher

Untuk suami atau teman lelaki, anda boleh hadiahkan sehelai tali leher. Mereka boleh menggunakannya di pejabat mahupun ketika menghadiri mesyuarat penting. Pastinya mereka akan kelihatan sangat segak. Jangan lupa untuk padankan dengan klip tali leher.

Beg Tangan

Bagi isteri dan teman wanita, beg tangan adalah keperluan yang mesti dimiliki setiap wanita. Pilih beg tangan yang boleh menepati citarasa dan pastikan ia menepati keperluan teman wanita atau isteri anda.

Percutian

Bagi anda yang inginkan momen romantik bersama pasangan, boleh juga hadiahkan percutian ke destinasi yang menarik dan romantik di sekitar bandar atau di ibu kota? Kalau ada bajet lebih, anda boleh rancang percutian yang lebih jauh seperti pulau atau lokasi pelancongan terkemuka yang lain.

Share via
Copy link