Sudahkah Anda Bersedia Untuk Koleksi KENZO x H&M ?

Saban tahun, H&M akan mengeluarkan sebuah koleksi kolaborasi bersama pereka fesyen terkenal mahupun rumah fesyen antarabangsa yang pasti ditunggu-tunggu peminat fesyen seluruh dunia.

 

f5a69e_1d870651df7b466eb63c3053ac593461-mv2

 

 

Tidak hairanlah ramai yang sanggup tidur di luar stor H&M berbumbungkan langit malam untuk mendapatkan koleksi edisi terhad ini, termasuklah di Kuala Lumpur.

 

Tahun ini, H&M telah mengumumkan kolaborasi bersama Kenzo yang menjadi kegilaan gaya jalanan dari Jepun sehinggalah ke Paris. Terkenal dengan mainan cetak dan warna-warna terang, kerusi kreatif Kenzo kini yang diterajui oleh Carol Lim dan Humberto Leon menceduk inspirasi dari rekaan dan cetak signature Kenzo terdahulu untuk himpunan kolaborasi ini.

 

Lookbook untuk koleksi KENZO x H&M kini boleh disaksikan di sini. Ia dibintangi oleh duta kreatif dan artis berbakat seperti penulis dan aktivis, Amy Sall, juru foto Oko Youngjun, artis dan DJ Juliana Huxtable, pemuzik dan artis persembahan OKO Ebombo, editor fesyen Harriet Verney, juru solek Isamaya Ffrench, artis Ingrid, pemuzik Anna of the North, model dan rapper Le1f, dan barisan model termasuklah Mae Lapres, Hao Liu, Selena Forrest, Tom Gaskin, Julia Banas and Pierre Painchaud.

 

Koleksi KENZO x H&M akan berada di H&M Lot 10 dan H&M Avenue K pada 3 November 2016 nanti. Berikut adalah antara koleksi KENZO X H&M.

 

6106_lb_110_srgb_300dpi

 

6106_lb_109_srgb_300dpi

 

6106_lb_118_srgb_300dpi

 

6106_lb_104_srgb_300dpi

 

6106_lb_103_srgb_300dpi

 

6106_lb_102_srgb_300dpi

 

 

 

 

 

 

Share via
Copy link