Apple Bakal Lancar iPhone 6 dan iWatch

Oleh: Farhana Fuad

 

 martin-hajek-iphone-6-macfan-concept-with-curve-2

 

September ini bakal ada lagi gajet terbaru ciptaan syarikat gergasi dunia Apple Inc. Sudah mula dikhabarkan bahawa Apple akan melancarkan produk terbaru mereka iaitu iPhone 6. Ura-ura berkata pelancaran kali ini ia sekaligus dengan pelancaran jam tangan iWatch buatan Apple.

 

Tarikh pada September 9 tahun ini bakal menggegarkan dunia dengan keluaran terbaru dari syarikat antarabangsa ini. Dikhabarkan juga bahawa iPhone 6 ini bakal hadir dengan bersaiz yang lebih besar skrinnya dengan saiz 4.7inci dan 5.5 inci.

 

Bahkan ia juga bakal dilengkapi dengan sistem terbaru pengguna iPhone dengan iOS 8. Dikatakan pula jam tangan iWatch yang bakal dilancarkan pada hari yang sama pula mempunyai fungsi yang lebih canggih dari jam tangan lain. Ia berkebolehan dari segi membaca cap jari seperti iPhone 5s, mampu membaca tahap glukosa dalam badan, data pembakaran kalori dalam badan, waktu tidur dan juga oksigen dalam darah.

 

Ianya berbentuk melengkung dengan skrin lengkung OLED yang terletak cantik mengikut pergelangan tangan. Pastinya pelancaran dan keluaran telefon canggih dari syarikat gergasi dunia ini bakal menjadi rebutan pengguna dan peminat barangan Apple. Nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link