Tip Atasi Stres Demi Kulit Yang Sihat

Komitmen kerja serta faktor perbezaan cuaca dan pencemaran alam sekitar boleh menyebabkan ramai orang mengalami tekanan. Stres juga boleh mendorong kepada masalah kulit.

 

Walaupun anda kerap mengamalkan pelbagai rejim kecantikan untuk meminimumkan masalah kulit, namun itu bukan jaminan kulit akan bebas dari sebarang masalah. EH! himpunkan lima  Pengarang serta Penulis Kecantikan dari majalah EH!, Nuyou dan Female untuk berkongsi tip mengatasi stres demi kulit yang sihat sebelum terlambat.

 

Izzati Saadin – Timbalan Pengarang Kecantikan EH!

 

 

“Penting bagi saya untuk memanjakan kulit di waktu malam setelah seharian terdedah dengan pencemaran kala ke majlis pelancaran ataupun ke sesi penggambaran. Namun tidak selalunya saya dapat tidur dengan cukup. Tapi dengan rutin Estee Lauder Advanced Night Repair Intensive Recovery Ampoules setiap malam, kulit saya berupaya dirawat dan tampil bersinar keesokan hari.”  #ANRampoules #skinpampering #beautyonthego

 

Azliany Mohamad – Penulis Kecantikan EH!

 

 

“Orang kata hendak memiliki kulit yang sihat berseri ia perlu gabungan penjagaan dalaman dan luaran. Selain menjaga makan, saya juga menjadikan senaman sebagai salah satu rejim untuk kecantikan dalaman.” #ANRampoules #yoga #wellbeing

 

Tara Pang, Pengarah Kecantikan NUYOU

 

 

EL-Tara_meitu_2

 

“Setiap orang punya cara tersendiri untuk mengurangkan stres. Bagi saya, saya lebih gemar untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Hutan mempunyai satu aura yang membuatkan tubuh kita relaks, begitu juga dengan bersenam, banyak kebaikannya pada kesihatan!” #ANRampoules #stressnomore #outdoors

 

Low Yuen Mun, Timbalan Pengarang Kecantikan NUYOU

 

 

“Baru sekarang saya sedar yang terlalu banyak yang saya lakukan untuk tampak cantik.  Namun sebenarnya untuk mencapai kecantikan yang diidamkan adalah sangat mudah!” #ANRampoules #stressnomore #stressless

 

Mei Ling, Female – Pengarang FEMALE

 

 

FEMALE

 

“Kerana kerja, saya kerap mengembara Biarpun helaian dalam bagasi bertukar ganti, saya akan pastikan item-item kecantikan setia dibawa supaya saya tampak cantik dan sentiasa berasa yakin pada bila-bila masa, di mana-mana saja!” #ANRampoules #beautyonthego #travelessentials

 

 

Stres boleh berlaku pabila minda dan tubuh melalui masalah hipertensi dan berjaga lewat malam. Faktor ini boleh mengakibatkan sel kulit menjadi tidak stabil dan rosak, sekaligus menyebabkan masalah penuaan berlaku lebih awal. Sama juga dengan faktor pencemaran alam sekitar di sekeliling kita dan melalui perbezaan iklim dengan kerap apabila mengembara ke negara empat musim. Apabila kulit berhadapan masalah ini, kulit berada dalam keadaan tidak stabil serta secara perlahan-lahan akan muncul kesan kerosakan yang lebih nyata, kemerahan dan kulit kering.

 

ANR-Ampoules_Product-on-Background

 

 

Estée Lauder kali ini tampil dengan revolusi pemulih kulit pada waktu malam yang telah diperbaharui  iaitu NEW Advanced Night Repair Intensive Recovery Ampoules (RM480). Setiap kapsul mengandungi formula aktif 100 peratus dengan amaun dos yang tepat dan mampu membantu melegakan tekanan pada kulit akibat stres. Kapsul ini mempunyai dua kuasa terbaru ChronoluxAI Technology yang berkuasa dalam mengatasi keradangan pada kulit yang sekaligus menjadi tanda-tanda awal penuaan. Ia juga membantu dalam mengukuhkan keupayaan semula jadi kulit dalam memperbaiki dengan sendirinya pada waktu malam dan membantu dalam menguatkan kulit dari sebarang serangan dari luaran pada masa akan datang. Ia direka untuk bertindak pantas pada sebarang rangsangan, berformula anti-radang untuk menjadi pemangkin pada kulit agar boleh bertindak secara semula jadi sekaligus melegakan masalah keradangan dan kemerahan pada kulit. Kulit akan kembali sihat dan tampak lebih muda.

 

Untuk info lanjut, layari laman web rasmi Estée Lauder.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link