YouTube Rewind 2012: 10 Video Trending Teratas Malaysia!

2012 hampir sampai ke penghujungnya dan sebagai penutup tahun ini, YouTube menyenaraikan 10 video yang paling kerap ditonton di Malaysia. Artis Korea, Psy, yang memulakan fenomena global dengan lagu Gangnam Style mendapat tempat teratas bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia dengan 983 juta tontonan sejak bulan Julai tahun ini. Selain Psy, klip video Najwa Latif dan Sleeq, Maher Zain dan Hafiz dan Siti Nurhaliza juga mendapat tontonan yang tinggi tahun ini. Berikut adalah senarai 10 video YouTube yang kerap ditonton di Malaysia:

1. Psy – Gangnam Style (983 juta tontonan)

Tidak perlu diperkenalkan lagi. Gangnam Style sudah pun dikenali satu dunia.

2. Sleeq feat. Najwa Latif – Untuk Dia (10 juta tontonan)

Sleeq yang popular dengan beberapa kolaborasi dalam lagu mereka juga mendapat tempat teratas.

3. Bigbang – Fantastic Baby (55 juta tontonan)

Mempunyai peminat yang ramai di Malaysia, tidak hairanlah konsert Bigbang di KL baru-baru ini ‘sold out’!

4. Psy feat. Hyuna – Oppa Is Just My Style (199 juta tontonan)

Kolaborasi Psy dan Hyuna untuk Gangnam Style versi perempuan… dan kurang ‘tarian kuda’.

5. Orang Sabah Style (5.4 juta tontonan)

Sebuah parodi yang dibuat oleh beberapa orang Sabah sempena Hari Kemerdekaan. Negeri-negeri lain juga mengikut trend yang sama selepas kemunculan video ini.

6. Maher Zain – Number One For Me (12 juta tontonan)

Lagu berkonsepkan ketuhanan juga mendapat jumlah tontonan yang tinggi di sini.

7. Bigbang – Blue (32 juta)

Sebuah lagi video Bigbang yang menjadi gilaan peminatnya di Malaysia.

8. Gangnam Style Parody – KL Style (4.2 juta tontonan)

YouTube star Jinnyboy pun bikin Gangnam Style versi KL.

9. Hafiz & Dato Siti Nurhaliza – Muara Hati (3.7 juta tontonan)

Lagu tema untuk TV siri popular masa kini, Adam & Hawa juga trending di YouTube!

10. Upin & Ipin 2012 – Musim Ke-6, Episod 2 ‘Tangkap Dia!’ (3.5 juta tontonan)

Kartun yang bukan sahaja popular di Malaysia, malah mendapat perhatian di Singapura dan Indonesia juga.

Sumber: YouTube

 

PSY AKAN TURUN KE MALAYSIA! >>

Share via
Copy link