EH! Disember 2019

Mimi Lana dalam balutan himpunan Chanel Cruise 2019 menghiasi muka depan EH! edisi Disember 2019

Mimi Roziana binti Zainal Abidin sekali lagi menjadi suntingan EH! sebagai penghias muka hadapan. Mengapa tidak? Tahun ini sahaja ada dua naskhahnya yang berjaya mencuri perhatian ramai. Siri ‘Cari Aku Di Syurga’ dan terkini filem sulungnya ‘Pusaka’ pula mendapat respon luar biasa. Rata-rata yang menonton memberikan maklum balas yang cukup membanggakan. Jadi tidak salah kiranya saya meletakkan tahun 2019 adalah breakthrough year for Mimi Lana.

Dia saya kira berjaya meletakkan namanya sebaris dengan pelakon pelapis yang lain. Dia perlahan-lahan membuktikan potensi juga kredibiliti yang ada padanya sebagai pelakon. “Cari Aku Di Syurga’, biar sekadar watak pembantu namun kemunculannya meninggalkan kesan. Bergandingan dengan pelakon yang lebih popular seperti Janna Nick, Mimi sedikit pun tidak gagal untuk meraih perhatian penonton sama seperti pelakon utama. Begitu juga menerusi ‘Pusaka’ biarpun dia bukanlah peneraju utama namun dia tetap menjadi antara tunggak yang mendorong penonton berpusu-pusu ke pawagam. “Alhamdulillah usaha saya selama ini sudah nampak hasilnya. Sebenarnya setiap tahun saya sedar kerjaya saya ada peningkatan, walaupun sikit, saya tahu ada perkembangannya.”

Kongsi Mimi lagi penglibatannya dalam dunia lakonan mendidik dirinya banyak kemahiran baru, antaranya bagaimana membina hubungan dengan orang sekeliling khususnya orang dalam industri. Bagi Mimi untuk terus mengembangkan kerjayanya dia bukan sekadar perlu memantapkan skil lakonan malah menjaga hubungan baiknya dengan semua orang. “Ilmu dan skil PR tu penting. Bila saya dah berada dalam industri saya sedar pentingnya menjaga hubungan dan berkomunikasi dengan baik. Untuk membuatkan orang suka dan senang dengan kita tak mudah sebenarnya. Kalau kita berlebih-lebih benda itu akan nampak palsu. Biarlah keramahan kita itu datang secara semula jadi bukan dibuat-buat. Mesti ikhlas. Jika saya fake akhirnya saya yang penat, silap-silap boleh depress. Saya percaya pengalaman akan menyumbang kepada skil komunikasi dan PR yang baik, saya patut beri diri saya masa.”

Dapatkan EH! edisi Disember 2019 untuk ikuti temubual penuh EH! bersama Mimi Lana.

Share via
Copy link