Baby Boy untuk Ning Baizura

Tahniah diucapkan kepada Ning Baizura dan suaminya Omar Sharif Christopher Layton Dalton yang baru sahaja dikurniakan seorang bayi lelaki pada 31 Januari lalu. Apa yang lebih bermakna apabila kelahiran bayi lelaki mereka jatuh pada ulang tahun kelima perkahwinan mereka.

Gambar: instagram Ning Baizura

Ning yang sebelum ini tidak dibenarkan untuk mengandung selama 2 tahun akibat ketumbuhan pada rahim selamat melahirkan Ryan Sky Dalton pada jam 3.06 pagi di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Ning Baizura beruntung kerana tidak mengalami morning sickness atau food cravings seperti yang dialami majoriti wanita mengandung lain.

Gambar: instagram Ning Baizura

Menurut pengurus Ning, Aylwin Santiago dalam kedua-dua Ning dan bayi lelakinya berada di dalam keadaan yang sihat dan telah pun dibenarkan pulang ke rumah. Ning bakal berkongsi gambar anaknya dengan para peminat dalam masa dua minggu lagi.

BABY SHOWER SERBA MEWAH UNTUK KIM >>

SEORANG LAGI PUTERI UNTUK ANGKASAWAN >>

PENYELESAIAN MASALAH TIDAK SUKA SUSU >>

RANCANG KELUARGA KALAU TAK BERSEDIA >>

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link