Future Music Festival Asia kembali lagi

GANGNAM STYLE PALING POPULAR 2012 DI YOUTUBE >>

Setelah berjaya menawan hati audiens di Future Music Festival Asia pada tahun lepas, tahun ini ia kembali lagi dengan penaja dan barisan penghibur yang lebih mantap. Berjaya menyatukan 25,000 penggemar muzik pada tahun 2012, tahun ini penganjur menyasarkan 40,000 penonton dari dalam dan luar negara untuk memeriahkan lagi acara muzik yang terbesar di rantau Asia Tenggara ini. Acara termahal yang bakal menelan kos sebanyak RM10juta ini dianjurkan oleh Future Entertainment Australia dan Livescape Asia serta disokong oleh Malaysian Convention & Exhibition Bureau sempena tahun melawat Malaysia 2014.

PUTARAN RENTAK TERAKHIR SWEDISH HOUSE MAFIA >>

Penaja bersama acara ini adalah Xpax, AirAsia, AirAsiaGo, Sunway Hotel Resort & Spa serta MTV dan E! Entertainment Television sebagai saluran media rasmi. Acara ini sekali lagi dijangka menarik perhatian ramai kerana barisan penghibur serantau dan antarabangsa yang bakal menggegarkan pentas festival dua hari berturut-turut ini. Antaranya adalah nama-nama besar dalam industri muzik dunia seperti Psy, Rita Ora, Fun, Temper Trap, Bloc Party dan ramai lagi. Tidak ketinggalan penghibur tempatan yang bakal berkongsi pentas bersama mereka seperti Lapsap, Dangerdisko, Mr Fluff, Goldfish & Blink, Kyoto Protocol dan ramai lagi yang sememangnya mampu membuatkan anda menggoyangkan badan di sepanjang festival ini. Saksikan video promo di bawah ini untuk mengetahui senarai penghibur yang terlibat dalam Future Music Festival Asia tahun ini.

PSY KE MALAYSIA SEKALI LAGI >>

Saksikan sendiri promo kreatif Future Music Festival Asia 2013 di bawah ini untuk mendapatkan senarai penuh penghibur yang bakal menggegarkan Malaysia Mac ini:


JUSTIN SUITED UP BERSAMA JAY-Z >>

Acara muzik besar-besaran ini bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 – 16 Mac ini. Tiket yang berharga dari RM178 – RM388 telah mula dijual. Untuk pertanyaan mengenai tiket, anda boleh menghubungi Livescape Asia di [email protected].


Share via
Copy link