Juliana Evans dan Siti Saleha

Bagi pengikut setia dunia fesyen, September adalah bulan yang dinanti saban tahun. Dan andai menurut kalendar fesyen, September ibarat Januari, yang mana pada bulan ini semuanya serba baru, himpunan musim luruh/dingin jadi pembuka, dan majalah fesyen agak luar biasa tebalnya. Begitu juga kami di EH!, September tahun ini kami pening mencari wajah penghias muka depan. Dan seperti selalu, kami akan pakaikan gadis muka depan dengan koleksi terkini jenama fesyen tempatan, SEED. Puas memaparkan aksi gadis SEED muka depan sendirian, idea muncul untuk menggandingkan dua selebriti terhangat. Pelbagai nama disenaraikan, dan akhirnya dua gadis wajah kacuk jadi pilihan, Juliana Evans dan Siti Saleha.

Juliana Evans
“Walaupun saya jauh saya tidak boleh berhenti lakukan apa yang saya suka,” ujar Juliana sambil membiarkan Gary memulakan kerja-kerja meluruskan rambutnya. “Di sana saya sentiasa cari peluang untuk kembangkan kebolehan yang saya ada. Saya tidak tinggalkan dunia modeling atau lakonan, kerana itu minat saya. Saya sudah mula menghantar portfolio untuk komersial dan menghadiri uji bakat untuk teater di kampus.” Jelas Juliana, dia percaya peluang ada di mana-mana, biarpun tidak melakukannya secara serius di sana, namun setidak-tidaknya dia bisa belajar dan menimba pengalaman baru. “Saya tidak datang ke Michigan hanya untuk menyudahkan pengajian semata, dalam masa yang sama saya perlu bijak mencari peluang untuk mengembangkan kebolehan, tidak kira berlakon atau modeling. Mungkin saya boleh cuba-cuba untuk teater atau filem indie. Biarpun hanya hasil karya pelajar, saya percaya banyak yang boleh saya pelajari.” Sudah biasa sibuk berkejar-kejar dari satu lokasi ke satu lokasi sewaktu di Kuala Lumpur, Juliana secara jujurnya mengakui adakala dia berasa kosong sewaktu mula-mula tiba di Michigan. Jika ada kelapangan dia mencuri masa untuk menikmati ‘percutian’ di sana. “Chicago tidak jauh, hanya dua jam perjalanan. Jadi, sudah beberapa kali saya ke sana. Dan sejak dulu lagi saya sukakan San Francisco. Sempat juga saya ke sana. Jika ada rezeki, tamat pengajian nanti saya merancang mahu daftarkan diri di kelas lakonan, dan dalam masa yang sama mengintai peluang yang ada untuk kembangkan bakat.” “Saya anggap dunia lakonan sebagai satu perkara serius, dan saya selalu fikir sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang ini. Saya sentiasa mengintai peluang, mungkin selepas tamat belajar pada musim bunga 2012 nanti, saya akan lebih serius.”

Siti Saleha
Makin cantik dan tubuhnya juga semakin langsing. Ya, Siti Saleha yang dulunya agak ‘tembam’ kini semakin kurus dan bergaya. Langkahnya juga semakin berkeyakinan, namun dia masih lagi fun seperti dulu. Tidak sedikit pun berubah, malah makin mesra bersama ‘keluarga’ EH!. Walaupun sudah beberapa kali bekerjasama, kami belum pernah berpeluang duduk lama dan bersembang, barulah kini peluang itu datang. “Jika ditanyakan siapa Siti Saleha, apa yang Saleha mahu orang tahu?” “Siti Saleha adalah seorang pelakon, model komersial dan juga pengacara. Orangnya friendly, mudah mesra, profesional dan dalam masa yang sama ada rasa malu.” Saleha jika dilihat dari zahirnya cukup menyenangkan, bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Layanannya dengan orang sekeliling cukup mesra. Melihatkan aksinya menimbulkan rasa ingin tahu, pernahkah dia berasa marah. “Saya sama seperti orang lain, of course ada rasa marah, cuma tidak ditunjukkan. Pabila di lokasi saya perlu sentiasa positif, apa sahaja masalah atau tekanan yang datang saya perlu tanganinya dengan baik. Kalau di rumah, my sis memang selalu kena marah (ketawa). Dia suka tanyakan soalan sama berulang kali, tak fasal-fasal dia kena jerit.” Ujar Saleha, pabila stres dia biasanya meredakannya dengan bersenam. Sejak dulu lagi dia mengamalkan yoga. “Jika ada masa saya ke kelas yoga di Celebrity Fitness. Ia memang terapi yang baik. Dan saya baru sahaja beli punching bag. Seronok rasanya bertinju. Kalau rasa geram dan marah boleh lepaskannya dengan menumbuk punching bag.”

EH! keluaran September kini berada di pasaran. Dapatkan segera untuk ketahui cerita penuh Juliana Evans dan Siti Saleha!

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link