Tak Perlu Suntik Kalau Nak Cantik

Siti Adira Suhaimi atau Adira, mula dikenali setelah memasuki program realiti Akademi Fantasia musim ke-lapan sekali gus menjadi pemenang kedua pertandingan tersebut. Berketurunan Kadazan-Dusun, Adira terus mencipta nama setelah berduet dengan Hafiz untuk lagu tema filem Ombak Rindu.

Dikatakan menyuntik mukanya kerana kegebuan kulit yang dimiliki, Adira sebenarnya ada rahsia tersendiri untuk kekal cantik. Namun, suntik-menyuntik bukanlah salah satu daripadanya. EH! berkesempatan mengupas dengan lebih lanjut rahsia kecantikan Adira yang baru sahaja dilantik menjadi duta NH VegeF’bre Plus.

•   Percaya dengan quote ‘you are what you eat’ Adira sangat cerewet kala memilih makanan serta mengamalkan diet yang betul.

  Adira banyak minum air kosong serta kurang minuman yang bergas dan manis.

  Bagi Adira, pengambilan serat yang mencukupi setiap hari adalah penting. Jadi Adira mengamalkan diet dengan melebihkan pengambilan buah-buahan.

•   Rawatan wajah di salun kecantikan menjadi rutin bulanan yang wajib untuknya.

  Dalaman yang bersih turut menjadi faktor penyumbang kulit yang cantik.

  Sukar sebenarnya untuk Adira bersenam dengan jadualnya yang padat. Namun, Adira tetap meluangkan sedikit masa walaupun lima minit untuk senaman ringkas yang boleh dilakukan berulang-ulang setiap hari.

 

JADI CANTIK SEPERTI NEELOFA >>

10 PRODUK MESTI ADA UNTUK CANTIK >>

HI HI KULIT CANTIK, BYE BYE PENUAN AWAL >>

TAMPIL MENAWAN ALA RATU >>

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link