Kecapi Mental Yang Sihat Semasa PKP #KITAJAGAKITA

Isolate diri dari dunia luar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mungkin membuatkan ada diantara kita jadi selesa dan sudah terbiasa dengannya, but what does it turn us into?

Selain memberi kesan buruk pada ekonomi seluruh negara, dalam kita tidak sedari, isolation ini sedikit sebanyak  akan mengubah gaya hidup kita dan mungkin juga cara kita berfikir. Sepanjang PKP ini ramai diantara kita menghabiskan masa berseorangan di rumah atau juga bersama keluarga, dan selepas empat minggu (atau lebih) mungkin ada beberapa perkara yang membuahkan kesan pada mental dan emosi, terutamanya dari cara kita berhubung, bekerja dan amalan gaya hidup.

Kebimbangan ini turut disokong dengan keadaan ekonomi hari ini,   banyak syarikat swasta telah memutuskan untuk membuang pekerja, ada juga yang diberi cuti tanpa gaji, ditamatkan kontrak dan begitu juga dengan pemotongan gaji. Hal tersebut menjadi salah satu perkara yang mendorong rasa kebimbabangan akibat masaalah kewangan yang ditempuhi. Mujur hari ini telah ada beberapa bantuan yang boleh dimohon dari kerajaan menerusi Bantuan Prihatin Nasional dan juga pengeluaran duit simpanan KWSP melalui i-Lestari, juga pembayaran balik pinjaman bank yang boleh ditangguhkan sehingga enam bulan bermula April.

Media sosial hari masih terus dibanjiri dengan isu Covid-19, hari demi hari ramai yang jadi tertekan dari berita-berita luar dan dalam negara yang dibaca dan seterusnya membuatkan kita dibelengu kebimbangan, it’s no longer feel safe to step out from our house, apatah lagi mahu membeli barang di pasaraya, ‘kebimbangan’ ini akan kekal bersama kita walaupun selepas pendamik ini dan sebab itu kesihatan mental amat penting dalam fasa ini.

 

Kebanyakan dari kita hari ini bekerja dari rumah, dan sebab itu #dudukrumah akan jadi satu aktiviti yang kita angap biasa biarpun selepas berakhirnya PKP kerana masih ramai yang akan rasa kurang selamat berada di luar. Menurut kajian yang dijalankan oleh profesor psikiatri Rima Styra dan rakan kerjanya Laura Hawryluck semasa pemerintahan berkurung semasa isu wabak SARS mendapati 29% penduduk di Toronto mengalami masalah Post-Traumatc Stress Disorder PTSD dan 31% lagi punyai simptom kemurungan akibat perintah berkurung yang dijalankan di sana (artikel dari Quartz.com).

Setiap individu punya simptom yang berbeza-beza mengikut tekanan yang dihadapi, ini turut bergantung pada latar belakang masing-masing. Antara simptom yang biasa dihadapi  menurut CDC termasuk; rasa takut dan risau tentang kesihatan diri, perubahan corak tidur dan pemakanan, sukar untuk tidur dan kekal fokus, masalah kesihatan tubuh semakin kronik, dan peningkatan pengguaan rokok, arak dan ubat-ubatan.

Antara kesan awal turut termasuk Insomnia dimana badan sudah biasa dengan rutin harian, sudah cukup rehat, dan sering berhadapan dengan komputer riba dan telefon membuatkan anda sukar untuk tidur pada waktu malam. Hal ini juga boleh berlanjutan kepada kemurungan dan seterusnya mengakibatkan hilang selera makan dan juga tiada lari rasa nilai dalam diri.

EH! juga mahu anda amalkan beberapa cara ini untuk terus hadapi hari-hari PKP ini dengan lebih positif, sihat dan tenang :

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Take a break from social media

Rehatkan minda anda dari membaca berita-berita berkenaan Covid-19 yang bakal membuat anda rasa sedih dan murung. Yes we all concerned about it, tetapi tidak salah untuk anda ketepikannya buat seketika dan fokus pada diri anda dan teruskan hari-hari dengan rasa yang positif.

Share via
Copy link