Say Goodbye To Sugar, Ini Tiga Kebaikan Yang Anda Perlu Tahu!

 

Teks: Anis Hanini

 

Salah satu cara terbaik untuk memulihkan kembali kesihatan adalah dengan mengurangkan pengambilan gula. Kebanyakan hidangan tempatan semuanya manis, jadi ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan namun mengurangkan pengambilan gula juga banyak memberi faedah yang terbaik untuk diri sendiri.

 

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

KURANG SAKIT

 

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya gula boleh menyebabkan keradangan kronik. Akibat keradangan ini, sistem imun badan untuk melawan selsema dan demam juga akan berkurangan. Kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati pengambilan 100 gram gula mengurangkan kebolehan sel darah putih membunuh bakteria sebanyak 50 peratus dan kesan ini berpanjangan selama lima jam. Selain itu, pengambilan gula juga menyebabkan glycation iaitu proses yang mencacati kolagen dan elastin dalam kulit yang membuatkan kulit menjadi kurang anjal sekaligus penampilan lebih berusia.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link