Say Goodbye To Sugar, Ini Tiga Kebaikan Yang Anda Perlu Tahu!

 

Teks: Anis Hanini

 

Salah satu cara terbaik untuk memulihkan kembali kesihatan adalah dengan mengurangkan pengambilan gula. Kebanyakan hidangan tempatan semuanya manis, jadi ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan namun mengurangkan pengambilan gula juga banyak memberi faedah yang terbaik untuk diri sendiri.

 

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

TIDUR LEBIH NYENYAK

 

Menurut kajian oleh Columbia University, pengambilan gula yang banyak menganggu tidur nyenyak dan individu lebih digalakkan untuk mengambil makanan berasaskan serat kerana serat memperlahankan pencernaan jadi tidur lebih lena. Malah ada kajian turut mendapati bahawa mereka yang banyak mengambil gula pada waktu siang, akan lebih kerap berjaga pada waktu malam. Ada sesetengah daripada mereka pula akan tidur tidak nyenyak, menyebabkan mereka rasa penat keesokan hari.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link