25 Lagu & Tarian K-POP Ini Boleh Buat Anda Jadi Kurus Macam Orang Korea!

1 of 26
Use your ← → (arrow) keys to browse

Baru-baru ini, tular isu sukar untuk melihat orang Korea berbadan gemuk di Korea Selatan. Malah, ramai pelancong di Korea terkejut dan tidak menyangka, hampir semua orang Korea memiliki rupa paras dan susuk tubuh menawan seperti bintang K-POP dan Hallyu. Apa yang pasti, produk berkaitan langsing dan kurus agak sukar diperolehi di Korea kerana penduduk Korea gemar bersenam dan mengamalkan rutin sihat termasuklah pergi ke gym dan menari.

 

Lagu dan tarian dari PSY ini mencetuskan fenoma dunia.

 

Malah, ramai peminat tegar K-POP yang dahulunya berbadan besar mengakui sejak meminati muzik K-POP, badannya berubah menjadi lebih sihat dan langsing. Ini semua gara-gara mendengar dan mengikuti tarian lagu dari artis K-POP.

 

Crayon Pop turut sama cetus fenomena dunia.

 

Pengakuan ini turut diperkukuhkan lagi apabila ramai Personal Trainer mengambil inisiatif menggunakan lagu dan tarian K-POP ini sebagai rutin senaman untuk kurus. Istimewa buat pembaca EH! KOREA BUZZ, kami tampilkan 25 lagu popular K-POP yang sememangnya digilai ramai dan mampu membuat anda kurus dan sihat dengan mengikuti koreografi tarian lagu berkenaan.

 

EXID sering saja tampil dengan lagu berhantu dan tarian menggoda.

 

Kalau anda tidak percaya anda boleh cuba dan mengunjungi gym yang menyediakan khidmat K-POP fitness. Anda pasti teruja kerana sambil seronok anda mampu memiliki tubuh badan menarik seperti bintang Korea.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link