Aigoo! Bintang Popular Korea, Bohyung SPICA Dipinang Fattah Amin

Hari ini, ramai peminat Fattah Amin gembira apabila pelakon kacak ini telah mengakui pernah membawa aktres cantik, Fazura berjumpa keluarga.  Namun, pasti ramai terdeku apabila sebenarnya Fattah sudah pun merisik penyanyi cantik dari Korea iaitu Kim Bo Hyung tatkala kedua-dua figura ini menghadiri Anugerah Meletop awal tahun ini.

 

 

Foto Instagram Fattah & Kim Bo Hyung

 

 

Bagaimanapun, risikan tersebut bukanlah dibuat oleh Fattah sendiri. Sebaliknya, risikan itu dibuat oleh pihak pengurusan Fattah iaitu Myfastyle dengan pihak pengurusan Bo Hyung atau Miss Bo. Menerusi lamaran tersebut, pihak Fattah amat berminat berkerjasama dengan Bohyung. Difahamkan, Myfastyle bersikap terbuka untuk berkolaborasi dari pelbagai jenis sudut sama ada menyatukan Bohyung dan Fattah atau apa jua sekalipun. Berkemungkinan, inilah petanda bahawa Fattah sudah bersedia untuk kembangkan sayapnya untuk mencuba nasib di Korea selepas dia berjaya dipilih sebagai hero utama drama remake Coffee Prince. Siapa tahukan?

 

 

Bohyung bersama Hyunmin-A semasa Anugerah Meletop ERA tahun ini.

 

Sungguhpun hasil lamaran yang dibuat oleh pihak Fattah terhadap Bohyung masih belum muktamad, Bohyung yang hadir ke Anugerah Meletop bersama Hyunmin mengakui bahawa Fattah seorang lelaki yang kacak dan kelihatan baik orangnya.  Pun begitu, Bohyung sempat bertanya apakah hubungan Fattah dengan Neelofa waktu itu kerana mereka dilihat seperti pasangan merpati yang sedang bercinta serta mendapat restu ramai peminat pada malam anugerah diadakan.

 

 

Foto dari Instagram Fattah Amin dan Bohyung.

Apa sekalipun, pihak Bohyung turut bersedia seandainya Fattah benar-benar bersedia untuk bekerjasama. Mungkin lepas ini, keluar pula hashtag #FatBo seandainya projek ini terlaksana.  Adakah Bohyung dan Fattah akan berduet dalam sebuah lagu? Atau mereka bakal berlakon bersama dalam sebuah drama? Tunggulah pengesahan selanjutnya dari kedua-dua belah pihak.

Share via
Copy link