Apa Nama Korea Anda? Halal Korea Mall Tawar Kad Nama Bahasa Korea Percuma!

Ramai peminat drama Korea dan K-POP teringin memiliki nama Korea. Namun, ada yang tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk memilih nama berkenaan. Malah, jika tersalah pilih, nama tersebut membawa makna yang kurang elok pengertiannya. Dalam pada itu, ada juga sebilangan individu ingin menulis nama mereka dalam tulisan hangul (tulisan Korea) tetapi tidak pandai kerana perlu belajar mengenali huruf-huruf hangul.

 

Contoh nama asal anda dalam tulisan hangul.

 

Menyedari kehendak dan permintaan ini, Halal Korea Mall yang sering berkongsi produk halal dan perkembangan terkini mengenai Islam di Korea menawarkan perkhidmatan percuma untuk anda yang menginginkan nama dalam bahasa dan tulisan Korea. Istimewanya perkhidmatan ini diadakan secara percuma dan anda hanya perlu menyokong dan menjadi ahli untuk Halal Korea Mall. Selain memiliki nama dalam bahasa Korea dan tulisan Hangul, anda juga berpeluang menjadi yang pertama mengetahui tentang produk Korea yang mempunyai label halal.

Contoh nama dalam tulisan dan bahasa Korea.

 

Berikut adalah cara anda untuk mendapatkan kad nama dalam bahasa Korea secara percuma! Hanya perlu ikuti cara yang tertera di bawah ini.

 

1. Jadi ahli Halal Korea Mall (https://m.halalkoreamall.com/us/main/index.php)
Anda juga boleh mendaftar menggunakan ID Facebook tetapi anda perlu logged in terlebih dahulu akaun facebook anda.

 

2. Log masuk Halal Korea Mall
Jika mahu log in menggunakan ID Facebook, anda perlu masuk akaun anda lebih dahulu.

 

3. Berikan nama anda dan nama Korea yang anda inginkan ke alamat emel ini [email protected]
Kami akan hantarkan kad nama anda menerusi emel. Kami berharap anda boleh gunakan kad nama ini di profil social media anda.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link