Dicop Lucah, 20 Tarian K-POP Hits Ini Diharamkan Di Korea

1 of 21
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selain melodi lagu yang menarik dan kreatif, muzik di Korea terutama sekali aliran K-POP mendapat perhatian  peminat antarabangsa disebabkan koreografi tarian yang dipersembahkan untuk lagu berkenaan.

 

Jay Park

Malah, banyak peminat begitu teruja dengan gerak tari tersebut sehingga membuat parodi video tarian berkenaan dan muat naik di internet. Antaranya tarian yang viral kerana koreografinya adalah GEE dari Girls Generation, Gangnam Style dari PSY, Sorry Sorry dari Super Junior dan Cheer Up dari Twice.

 

AOA

Bagaimanapun, pasti ramai tidak tahu bahawa banyak lagu popular di Korea mengalami krisis dan masalah diharamkan untuk membuat persembahan di kaca TV seperti stesen TV KBS, MBC dan SBS dek kerana menghidangkan tarian dan pergerakan yang dikategorikan lucah.

 

EXID

Atas faktor ini, kebanyakkan artis yang terkena masalah ini terpaksa akur dan menukar gerakan tarian tersebut seandainya mahu mempromosikan lagu berkenaan di kaca TV. Apa yang pasti, masalah ini kebiasaannya terjadi kepada artis wanita berbanding lelaki.

 

VIXX

Pun begitu, kebanyakkan lagu dan tarian ini mendapat perhatian ramai dan ikutan peminat antarabangsa. Adakah mereka tidak tahu atau pun menganggapnya sebagai satu pergerakan menarik atau pun lawak?

 

Girl’s Day

Berikut adalah senarai lagu popular dengan tarian yang dikategorikan unsur lucah. Majoriti respon dan kontroversi yang sama dihadapi oleh barisan artis yang tersenarai ini atas sebab gerak tari yang dihasilkan.

 

Share via
Copy link