Bakal Debut Solo, Lay EXO Tanya Ada Sesiapa Nak Jumpa Dia Di Istana Budaya?

Ahli tunggal EXO yang berasal dari China, Lay Zhang sebelum ini agak jarang menjadi perhatian ramai. Namun, selepas dia dipilih menjadi model seluar dalam jenama antarabangsa, Calvin Klein pada tahun lalu, Lay sering diburu ramai pihak termasuk produser drama dan filem Korea dan China.

 

Penampilannya dalam EXO yang sebelum ini agak malu dan tidak banyak berkata-kata berubah menjadi seorang yang agak galak, tampan dan seksi melebihi imej seksi ahli EXO, Kai yang sering dipuja kerana badannya yang menggiurkan.

 

Bercakap mengenai Lay, mungkin ramai tidak tahu, dia sebenarnya juga seorang komposer dan produser muzik. Malah, dia juga mempunyai syarikat hiburannya sendiri walaupun dia mempunyai kontrak dengan SM Entertainment. Terbaru, pihak dalaman Lay memberitahu, individu ini sedang sibuk keluar masuk studio demi menyiapkan beberapa buah lagu.

 


Menariknya, lagu tersebut bukanlah lagu untuk penyanyi lain tetapi untuk dirinya sendiri. Berstatus sebagai vokal kumpulan EXO, Lay difahamkan sedang menyiapkan album solo sulungnya yang dijadualkan bakal bertemu peminat pada penggal kedua 2020. Atas dasar itu juga, Lay turut mengintai beberapa buah negara termasuk Malaysia. Menyentuh mengenai Malaysia, Lay sebenarnya tidak tahu sama ada dia ramai peminat atau tidak di Malaysia. Oleh itu, dia telah melantik sahabat seindustri KPOP yang lebih pakar tentang hiburan KPOP di Malaysia untuk membuat kajian tentang itu. Yelah, dia tidak mahu, apa yang dirancang nanti tidak akan menjadi.

 

Sementara itu, Lay juga berminat untuk mengadakan konsert di Istana Budaya memandangkan dia mendapat tahu tempat berprestij itu membuka peluang bintang K-POP membuat konsert disitu. Mungkin juga dia antara yang pertama meraih peluang tersebut. Melihat lebih dekat hasrat Lay ini, dia berharap minatnya untuk bertemu peminat di Malaysia menjadi kenyataan. Begitu juga negara jiran Malaysia seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.  Namun, dia terima hakikat bahawa penganjuran konsert dan sesi bertemu peminat amat sukar dilakukan sekarang ini memandangkan dunia sedang di serang virus COVID19.

Share via
Copy link