Bergoyang Sakan Dengan 7 Versi Popular Baby Shark Korea!

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Semakin hari, lagu Baby Shark menjadi semakin tular bukan saja di Asia malah di seluruh dunia. Namun, ramai tidak tahu, lagu Baby Shark ini bukannya sebuah lagu baru. Pada asalnya, lagu ini telah dicipta oleh pemuzik dari Amerika Syarikat bernama Mike Whitla pada 2006. Lagu ini pernah tular di Amerika Syarikat apabila seorang tenaga pengajar yang juga guru muzik bernama Johny Only telah menggunakan lagu ini untuk mengajar murik di sebuah program The Learning Station.

 

Antara artis popular Korea yang telah merakam semula Baby Shark dalam pelbagai genre.

 

Lagu ini terus mendapat sambutan hangat di seluruh dunia apabila syarikat Pink Fong yang berpangkalan di Korea, Shanghai dan Los Angeles telah mengubah lagu ini ke dalam versi Korea dengan menggunakan resepi muzik K-POP. Lagu versi baru itu dimuat naik di laman youtube pada 2 Januari 2016. Setelah lagu ini menjadi siulan kanak-kanak di Korea, versi tarian dua kanak-kanak Korea pula dimuat naik pada sekitar 29 Julai 2016 sehingga terus menyebarkan virus Baby Shark ke seluruh dunia.

 

 

Lebih menarik lagi, lagu Baby Shark ini telah dinyanyian semula dalam 7 versi oleh artis-artis popular Korea seperti Yoon Jung Shin, Eddie Kim, J Rabbit, Giant Pink (Unpretty Rapstar) dan BOI B (Show Me The Money). Selain itu, Baby Shark turut dinyanyian dalam versi Koir Kanak-kanak, muzik EDM dan Trot. Paling membanggakan setiap versi ini mendapat sambutan hangat bukan saja di Korea bahkan di seluruh dunia. Oleh itu, ramai menyangka lagu ini kembali tular dan menjadi ikutan apabila Pink Fong Korea telah mengubah semula lagu ini mengikut selera terkini.

 

Inilah artis K-POP popular yang telah membuat cover tarian Baby Shark.

 

Selain mencipta dalam pelbagai genre muzik di Korea, ramai bintang K-POP juga tidak segan muat naik video menari lagu Baby Shark. Ada juga antara mereka telah mengubah sedikit Koreografi tersebut dengan lebih kreatif dan menarik. Antara artis yang telah menari lagu berkenaan ialah GOT7, Red Velvet, MamaMoo, Girl Generation, Monsta X, Snooper dan IOI.

 

Istimewa buat pembaca EH!KOREA BUZZ, berikut adalah video popular Baby Shark dalam pelbagai versi di Korea.

 

Share via
Copy link