Betulkah Orang Korea Racist? Jawapannya Adalah…

Apabila isu berkaitan Korea mula dibicarakan, pasti ramai tahu bahawa negara ini begitu berjaya dengan muzik K-POP, telefon bimbit, produk kecantikan dan kosmetik serta drama yang begitu popular di seluruh dunia. Namun, pertanyaan yang acapkali diterima oleh warga asing yang menetap di Korea adalah soalan yang berbunyi, benarkah Orang Korea ini bersifat racist atau pun pilih kaum? Bagi menjawab persoalan ini, EH! KOREA BUZZ berkongsi satu fakta yang dikongsi sendiri warga Korea yang sememangnya memahami isu yang timbul ini. Apatah lagi, kini Korea Selatan begitu popular mengenai hubungan baik yang baru saja termeterai antara Korea Selatan dan Korea Utara.

 

Hyunmin-A bersama rakan Korea dan rakan antarabangsa yang turut sama menyertai aktiviti di Korea.

Secara moralnya, Korea tidak sama seperti negara lain terutama sekali negara yang mengikuti sistem barat yang membenarkan sesiapa saja dengan panggilan kawan walaupun berlainan umur. Di Korea Selatan, setiap masyarakat begitu hormat tentang umur. Sebab itulah, berbanding nama, anda pasti akan ditanya soalan umur terlebih dahulu berbanding tempat asal atau pun nama.

 

Bekas ahli kumpulan SPEED, Sung Min juga mesra dengan sahabatnya, Hyunmin-A.

 

Orang Korea akan mengutamakan umur. Jadi, orang Korea tidak akan sebarang memanggil seorang itu dengan panggilan bro atau abang. Sekiranya anda mempunyai kawan Korea yang lebih tua dari anda, anda wajib memanggilnya dengan panggilan abang atau Kakak. Walaupun ada juga segelintir orang Korea memahami warga antarabangsa yang sememangnya tidak kesemua tahu tentang adab atau budaya Korea.

 

Masyarakat di Korea kini bersikap terbuka dan menerima kedatangan bangsa asing. Hyunmin-A bersama pelajar korea dan anak yatim.

 

Apapun, ada juga orang Korea yang boleh menerima anda tidak memanggilnya dengan panggilan hormat dan cara layanan sama seperti rakan sebaya. Walaubagaimanapun, hakikatnya adalah mereka amat tidak suka keadaan tersebut tetapi mereka tidak mengatakannya atau meluahkannya. Oleh itu, walau apa jua cara sekalipun, hormatilah orang Korea dengan panggilan yang sesuai atau sesuai dengan faktor usia supaya mereka lebih senang dan mesra dengan anda.

 

Aktiviti bersama anak yatim di Korea turut disertai bangsa asing.

 

Terus terang, Orang Korea sama sekali tidaklah racist atau pilih kaum. Orang Korea sama juga seperti bangsa asing. Contohnya bangsa asing bersikap terbuka untuk sesiapa saja untuk kunjungi negara dan memahami budaya mereka. Namun, mereka juga tidak suka kalau pendatang atau pelancong bersikap berlebihan sehingga boleh terbit isu salah faham dan biadap.

 

Kemesaraan Hyunmin-A membuktikan bahawa isu perkauman tidak wujud.

Kalau benar orang Korea racist, secara umumnya mungkin pencapaian Korea tidak sampai ke tahap ini. Setiap negara juga mempunyai pandangan peribadi terhadap bangsa asing. Ianya lebih kepada sikap berhati-hati dan tidak mahu musibah berlaku melibatkan orang luar. Korea sama saja seperti negara lain. Jadi, janganlah anda pernah sangsi atau risau mengenai isu perkauman ini. Secara kesimpulannya, masyarakat Korea begitu pandang kepada moral. Ini bermakna orang Korea begitu ambil berat tentang keselamatan. Sebarang pandangan dan tanggapan yang tersebar selama ini lebih kepada mengelakkan jenayah. Budaya masyarakat Korea tidak sama seperti Jepun walaupun ada juga menganggap Jepun dan Korea adalah sama. Secara faktanya, Jepun lebih tegas dan begitu ketat peraturannya. Paling ketara, begitu sukar bagi bangsa asing untuk menetap di Jepun.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link