Disangka Chungha & Sarah, Rupanya Artis KPOP x BBNU Ini Lancar Lagu Raya

Warganet terutama sekali peminat K-POP menyangka, juara Big Stage iaitu Sarah Suhairi bakal terlibat dalam kolaborasi lagu raya antara artis Korea dan artis Malaysia apabila Hyunmin-A mengumumkan mengenai projek Insa Raya di laman IG (Instagram). Ia berikutan pembayang yang diberikan iaitu BBNU (Budak Baru Nak Up) telah dicatatkan dalam teaser promosi lagu berkenaan.

 

Teaser projek lagu raya yang telah dikeluarkan.

Namun, tekaan tersebut seakan meleset apabila pembayang kedua yang menyiarkan pangkal nama artis sama sekali tidak mempunyai nama Sarah Suhairi. Bagaimanapun, nama bintang K-POP yang baru saja datang ke Malaysia bulan lalu iaitu Chungha seakan dikenal pasti terlibat kerana namanya seperti berada dalam senarai 6 artis yang terlibat. Ramai menyangka Chungha terlibat kerana berkemungkinan kedatangan Chungha ke ibu kota tempoh hari turut diselitkan dengan rakaman lagu raya berkenaan.

 

Dari awal lagi nama Sarah Suhairi dijangka kerana pernah berguru dengan Hyunmin-A.

 

Walaupun jawapan berkenaan masih belum mempunyai kata muktamad, EH! KOREA BUZZ diberitahu Insa Raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi telah diterbitkan oleh produser tempatan yang mempunyai cacat penglihatan. Nama produser buta yang berasal dari Selatan tanahair itu menjadi popular apabila berjaya menerbitkan sebuah lagu tular untuk sebuah kumpulan BBNU yang mana muzik video lagu berkenaan mempunyai jutaan penonton. Memandangkan produser itu terlibat, artis BBNU yang dipimpin sama turut sama terlibat dalam projek Insa Raya.

 

Kedatangan Chungha ke Malaysia menjadi tanda tanya.

 

Difahamkan, dua lagi artis tempatan yang terlibat juga pernah popular di saat remajanya dan kini aktif menyanyikan lagu-lagu tradisional. Manakala seorang lagi artis berkenaan berbangsa Cina. Memandangkan Hyunmin-A yang menyiarkan promosi lagu ini, nama figura ini sudah pasti tersenarai bersama lagi 5 artis tersebut.

 

Hyunmin-A sudah pasti terlibat.

Dalam peminat K-POP masih berteka-teki tentang nama artis Korea yang terlibat, EH! KOREA BUZZ dimaklumkan bahawa salah seorang penyanyi tersebut juga popular di Korea sebagai Youtubers. Malah, penyanyi ini pernah menyatakan hasrat untuk datang ke Malaysia. Menariknya, figura ini sedang mendalami Islam dan turut sama menjalani ibadah puasa di Korea.

 

Mungkinkah figura Korea Buzz Mei 2019, Jay Flowsik terlibat?

 

Seorang lagi pula merupakan rappers yang begitu rapat dengan Hyunmin-A. Adakah FIGURA KOREA BUZZ iaitu Jay Flowsik yang dimaksudkan? Disamping menunggu lagu dan artis yang terlibat, peminat bakal menerima hamper raya istimewa daripada projek Insa Raya secara percuma. EH! KOREA BUZZ diberitahu pihak pengurusan Korea sudah memperuntukkan RM10K buat peminat hanya untuk hamper saja.

 

Menerusi status IG Hyunmin-A, antara produk yang bakal diselitkan dalam hamper berkenaan adalah barangan kosmetik Korea dari Purethoery Cosmetics, kuih traditisional Korea dan barangan eksklusif dari RAV Design. Hamper raya percuma ini akan diberikan kepada 10 peminat bertuah saja. Semoga projek usahasama antara artis Korea dan artis tempatan ini mendapat sokongan sekaligus dapat memperkenalkan keindahan sambutan raya yang meriah berbanding negara lain terutama sekali Korea. Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai projek ini, anda perlulah follow IG Hyunmin-A. Mungkin anda bakal menjadi yang bertuah menerima hamper berkenaan.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link